Thursday, June 24

#6 Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum...

Thanks to jiwa kacau for this award...even i have Top Blogger 2010 tapi hari ni semangat blogging down menjunam...:-(



Result sem 6 dah dapat...kesimpulannya, im not dean list for this semester :-(...amat kecewa dengan penurunan 0.16...terlalu banyak...sobs sobs sobs...hati begitu sedih, sedih dan sedih...terasa usahaku tak ada kurangnya...ya Allah, dimanakah silapnya ya Allah...ingin di tangisi tiada gunanya...aku harus bangkit...uarghhh...lagi 2 sem peluang aku sebelum saki baki pengajian berakhir...yesssss u can do it dear...pray for me ^_^...



notakaki: masa untuk simpan lappy bawah katil, esok siang ambik balik... boleh macam tu???

Sunday, June 13

#5 Kau jenis perempuan yang macam mana ha!!! *emo

Assalamualaikum...

Semalam sebelum tido sempat la saya bermesej mesej ngan sorang member. yang pasti dia seorang lelaki...ekeke...malu malu ni nak mesej ngan orang laki...mula mula hanya mesej ringan ringan saja. contohnya awak pe kabo? awak tengah buat apa? awak dah solat?  lalala... tak lama lepas tu lebih kepada yang berat berat. hah berat cam mana tu. berapa kilo berat dia. mesej pun boleh timbang ke. sesape ada penimbang mesej sila kasi tau saya weh, mau pinjam ni...muehehe...



dia : 2 tahun saya becinta ngan dia awk, kuarga saya smue dah tau, bila saya ajak nikah dia cakap muda lagi, belum sedia, tak pe la saya tunggu, sayang punya pasal. sampaila 1 hati tu dia ajak saya nikah apa lagi suka sangat la saya. lagi 3 hari rombongan untuk meminang dia, tetiba dia pitam n pengsan, apa lagi saya dukung dia bawak pegi klinik, bila doktor cek dia cakap tahniah awak akan jadi ayah. apa lagi terkejut gila saya masa tu awak, sebab saya tak pernah pun tido dengan dia macam mana boleh mengandung pulak.


aku: kira nya perempuan tu curang dengan awak la erk...*hehe tetiba tertanya soklan cam ni*


dia: bila dia sedar aje saya pun terus bawak dia balik kampung dia, dalam perjalanan ke kampung dia saya tanya anak sapa dalam perut dia, mula mula dia tanak cakap, saya bagitau dia biar kita mati sama sama, saya pun bawak keta macam orang gila. disebabkan dia takut mati dia pun ngaku la yang setiap kali dia balik kampung dia akan jumpa boprenz lama n tido umah boprenz lama dia, fuhh masa tu saya la manusia paling bodoh atas muka bumi ni, dia cakap dia amat cintakan saya, ngan boprenz lama dia hanya suka suka aje.  awak, macam ni punya perempuan pun ada dalam dunia ni...sakit awak sakit sangat sangat hati saya ni. saya memang dah tau dari awal lagi yang dia bukan anak dara tapi saya trima dia seadanya kerana Allah Taala. akhirnya ni yang saya dapat, tu la sebabnya saya tanak kawin lagi.


aku: sabar la wak erk...*tatau nak balas apa dah*



hah hambik kau,  kau tengok la kesan dari perbuatan kau ni...aku bengang weh ngan sikap kau ni perempuan. aku bengang sebab aku pun perempuan jugak, aku bengang sebab kau buat member aku macam ni, aku bengang sebab kawan aku dah patah hati sampai tanak kawen dah lagi disebabkan perbuatan kau.pokok pangkal nya aku memang bengang.



aku memang tak kenal kau tapi serba sedikit aku kenal member aku ni. aku sedih woo bila tahu kawan aku pun sedih. kenapa kau tak bersyukur? kau patut bersyukur dipertemukan ngan sorang lelaki dengan tulus nya sayang kat kau. walaupun dia tahu kau  bukan anak dara lagi tapi dia sanggup jadi kan kau suri hidup dia. kau nak tahu kenapa? sebab dia sayang kat kau bukan kerana nafsu semata mata. kau faham tak ni..kau memang tak tahu bersyukur kan. nak aku ajar kau ke macam mana cara bersyukur?



kau ingat kau boleh kabur kan perbuatan kau tu dengan akad perkahwinan ke? Tuhan Maha Adil la...Dia tahu mana yang terbaik untuk hambaNya. senang senang je kau nak jadikan dia pak sanggup. kau berriang ria raya ngan orang lain pastu kau nak orang lain lak pikul beban kau erk. sorry naik lorry la weh



kalau kau nak `main` pun tak payah dengan budak 2 tahun lagi muda dari kau. kau yang tua patut nya kau jadi pembimbing untuk yang muda. dah la maruah tergadai, duit lak tak dapat. huhhh sia sia je la...kot ye pun baik kau test market kau tu kat Bukit Bintang weh, sekurang kurang nya dapat la jugak rm2.50 satu malam. dapat la jugak kan walaupun sikit..ekekeke..pelacur pun ada harga jugak tapi yang kau ni aku pun tatau la nak bagi label macam mana.



hah kau pun si budak hingusan, kau baru 23tahun weh, jauh lagi perjalanan hidup kau. baik kau cari perempuan muda la weh, jangan nak ganggu awek orang..tu la dulu masa berkapel tanak kapel betul betul. bila dah putus baru la nak tergedik sana tergedik sini. dah tahu kau budak tu pegi main jauh jauh la weh. main congkak pun best jugak.  walaupun aku masih muda cun melecun lagi tapi tak de la aku nak lap hingus aku kat orang lain.



kalau kau berdua ada terbaca aku nya belog ni, aku harap korang bertaubat la erk, hanya taubat yang boleh menghapuskan dosa korang...aku nak kau tahu bahawa lelaki yang mencintai kau ni aka kawan aku sendiri sedih woo ngan perangai kau...aku harap korang berdua selamat di ijabkabul kan la erk, jangan la pulak nak buang anak merata tempat semata mata nak cari publisiti murahan.



saya sebagai seorang kawan hanya mampu nasihat menasihati je..kalau korang jadi saya apa akan korang laku kan?




notakakiku: tetiba ter-emo...T_T

Sunday, June 6

#4 Blogger Cik Munger Meninggal Dunia

Assalamualaikum...


Al-Fatihah buat Cik Munger atau nama sebenarnya Nur Fazura Azzaty...tatkala mengunjungi belog arwah tanpa di sedari airmata ini mengalir kesedihan...walaupun tidak mengenali arwah, namun terasa sedih tatkala membaca belog yang ditinggalkannya.


rasanya tidak terlambat andai saya baru mengetahui tentang ketiadaan beliau...arwah telah di jemput mengadap Nya pada 24 Mei 2010 semasa berada di tanah suci kota Mekah pada jam 9.18 malam waktu Arab Saudi. moga arwah di tempat kan dikalangan orang orang mukmin.


Bak kata orang bahawa seseorang itu akan terasa dan mengetahui saat saat Dia menjemput kita. dan tanpa kita sedari seseorang itu juga akan menunjukkan beberapa tanda.

salah satu entry yang boleh dianggap sebagai tanda dia akan meninggalkan kita semua adalah yang bertajuk yang terakhir kali

tiap tiap yang hidup pasti akan di jemput Illahi cuma yang menjadi persoalannya adalah bila dan bagaimana kita akan kembali kepada Yang Maha Esa.

semoga arwah Nur Fazura Azzaty damai dan bahagia disana. Amin ya Rabb..ayuh kita sama sama sedekahkan al-Fatihah untuk arwah.


al-Fatihah



notakakiku: P. S I LOVE YOU TILL THE END * memang sedih sangat sangat*