Tuesday, August 23

#17 Perkara paling grrr bulan puasa

Sedar tak la sedar sangat rupa-rupanya Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi. Semoga beberapa hari yang lepas mendapat keberkatan dari Nya. Berharap dengan sangat. Dan sedar tak la sedar sangat jugak sudah hampir sebulan aku berprofesyen bukan seorang kuli Telekom Malaysia. Letak jawatan dalam hanya 2 minggu berkerja. Sangat profesional. Jadi automatik lah cerita pasal Fadil aku kuburkan saja. Sedar tak la sedar tapi memang kena sedar yang aku bekerja di tempat yang lebih mencabar dari jadi kuli Telekom tu. 

Arghh idea mati. Benda yang terjadi pada semua aku rasa. Ralat




Okey, sambung balik. 

Setiap hari aku dikelilingi manusia-manusia dari seluruh negara, berlainan kulit, ada yang letak sekayu kain di badan buat aku rasa dok di tanah arab, dan ada yang buatkan aku rasa dok di Amerika pun ada, juga bermacam perangai yang ada kala nya buat aku rasa mahu bagi pelempang sedas dua. Aku rasa je pun tapi setakat ni aku belum lempang sesapa lagi kot. Memang betei-betei mencabar.

Tapi tu bukan benda yang nak cerita kan di sini. Kalau nak sekali harung aku cerita memang tak la. Bulan-bulan macam ni yang siang hari kau orang rasa nak mandi berjam-jam dapat pulak pekena teh o ais limau memang syurga la kan tapi Ramadhan punya pasal kena la hormat walaupun ada yang cuti berpuasa. Tapi tu orang islam je la kan. Cina, mat-mat saleh setakat tahu je bulan tu puasa tapi tak puasa pun depa so apa ada hal setakat nak makan chicken mac deluxe depan kita kan. 


Tetiba lalu sekumpulan manusia sambil menjilat sunday cone memang rasa macam nak menangis bhai.