Showing posts with label SkinCare. Show all posts
Showing posts with label SkinCare. Show all posts

Monday, October 1

#25 Kepulangan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum.

Rasanya dah tak ramai yang ambil pusing dengan blog gua. Dah tak ramai yang baca penulisan gua kan. Secara betei nya gua dah lama tak menulis. Sangat lama. Dah lama tak meluah di sini. Dan mungkin ramai kawan blogger yang dulu dah tak kenal gua. Manakan tidak, alamat blog selalu bertukar. Hewhew.


  1. http://semusimbersamaselamanyaterasa.blogspot.com (fuuuuuuuuu geli usus)
  2. http://hatitisu.blogspot.com
  3. http://makcikyuyu.blogspot.com
  4. http://cikyuyu.blogspot.com
  5. http://yuyuali.blogspot.com
  6. http://eksenkemain.blogspot.com
  7. http://iniyuyu.blogspot.com (InsyaAllah kekal. =)


Kehkehkeh.


Sesungguhnya gua berasa jakun. Tahu tak jakun. Jakunnnnn. Hah gittew. Tarik nafas kejak ah. Fuuuuhhhhh.


Idea gua banyak di curah di dalam hati. Rahsia. Seingatnya dahulu almost 3 tahun gua berblog, gua mampu menulis apa sahaja. Tapi sekarang lain. Limit.


Dan sejujurnya, gua rindu dengan kawan-kawan blogging yang dahulu. Lepak sama-sama di ruangan chat blog. Berkongsi idea. Bermacam lapisan umur. InsyaAllah, gua akan cari blog angpa semua. Rindu uols seriuosly. Kawan baru, salam kenal. Panggil gua Yuyu. =D



"Yuyu Ali dulu dan sekarang sangat lain".



Setiap orang ada kehidupan sendiri. Termasuk juga kamu. Dia. Dan gua. Kekadang kita memerlukan ruang untuk menyendiri. Untuk mencipta kebahagiaan walau terkadang ia sangat jauh untuk di gapai. Tapi, janji Allah itu pasti. Allah sebaik-baik Perancang. Doa kuat-kuat. Suatu hari nanti pasti Allah beri. Di luar kotak bayangan kita. :')



Dan setelah mengambil keputusan duduk bersimpuh di anjung rumah, berfikir sejenak duajenak. 


Gua dah decide. InsyaAllah gua ingat lepas ni gua nak jadikan blog gua ni sebagai "blog nasi kerabu". Ha ah nasi kerabu. Enak sangat di makan bersama daging bakar, solok lada, ayam bakar, keropok ikan keping okey stop.


Ohek ohek. bila nak seyes ni. 


*mood siyes. Sangat.


"blog nasi kerabu". Mesti dalam minda lu ingat gua nak buat blog resipi masakan turun temurun kan. Tak lah. Bukan macam tu kesah nya. Nasi kerabu pernah tengok tak? Tak pernah? Pergi tanya pakcik google. Jangan malas sangat.


Tahukan betapa campur aduknya bahan dalam tu. Maksud gua dalam nasi kerabu tu. Segala mak nenek ulam-ulaman letak kat situ. Serious sedap. Jadi, gua ingat nak buat blog macam tu lah. Faham ke tidak maksud gua ni. Grrr.


Maksudnya, gua nak campur adukkan entry gua. Ikut mood orang kata. Time berniaga, kita berniaga. Time berdakwah kita create something yang sangat berguna untuk dikongsi bersama. Time melawak kita cuba melawak. Time pilu di hati kita buat cara pilu. Senang kata, time melawak kita melawak. Time serious kita serious. Selagi tidak lagha dengan duniawi insyaAllah dipermudakanNya.


Tapi sedap ke tidak "nasi kerabu" gua ni terpulang pada uols la. Iols tak paksa. Hopefully awak semua dapat terima penghijrahan saya ni. Mohon sokongan padu sahabat semua. Tak. Tak perlu pegang sepanduk keliling kampung. Sekadar menerima keputusan gua syukur Alhamdulillah. Padu padu. 


Hari ni gua nak cerita sikit pasal benda yang serious comel gila senang di bawa ke sana ke mari ke situ. Actually gua baru dapat benda ni minggu lepas. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih my coach. Moga coach gua di murahkan rezeki lagi. Aminnnn. 


Cakap banyak tak guna. ni haaa kat bawah ni :-




Comel. Senang di bawa semestinya.



RADIANT C FACE QUENCHER
Asas utama semestinya VITAMIN C. Mampu menyegarkan dan menyerikan wajah. Menghilangkan kulit yang kusam kusam kusam kusam.  Ha ah KUSAM. Sebab itu juga yang gua alami. Pagi-pagi pergi kelas kemain muka berseri. Dah tepek bedak powder bagai. Tapi bila tengok jam 12 tenghari hamagadd. Rasa nak bunuh cermin kat deman. kehkeh. Dan benda ini juga sesuai untuk semua. Lelaki dan perempuan boleh guna.



Radiant C ni sangat-sangat bagus bertindak sebagai antioksida. Jadi insyaAllah dengan izinNya takda la wajah kusam. Terasa kulit kering terus sembur radiant ni hala ke muka dalam 30cm. Jadi dengan bangganya boleh la say Hello kulit segar. Selamat tinggal kulit kusam. =D



Nak tahu lebih lanjut dengan SERIOUSNYA boleh mesej gua kat sini 0145090549. Sama-sama kita kongsi sama-sama kita bantu. Even kucing mahukan bulu yang lebat cantik mulus ini kan pula manusia. Yang ingin kan kecantikan. Allah juga suka kan keindahan kan.







LOSE WEIGHT, GAIN WEIGHT, EARN EXTRA INCOME?
Yuyu- 0145090549




Tahukah anda:  Next entry gua akan cerita pasal senggugut. Bunyi macam menarik bukan. InsyaAllah andai diizinkanNya. Nampak tak betapa nasi kerabunya di sini. Kejap gua kejap saya kejap uols kejap awak. *krik krik krik.