Sunday, April 14

#29 Kau bukan dia

Bismillahirrahmanirrahim


Kau merasa sangat kecewa.
Kau merasa kau tak kuat untuk tanggung semuanya.
Kau merasa kau tak layak untuk ujian itu.
Kau merasa diri kau langsung tak berguna untuk siapa sahaja. 
Kau merasa kau begitu down.
Kau merasa lebih baik kau menyendiri dari rapat dengan sesiapa.
Kau merasa kau takde hak langsung untuk miliki satu perasaan yang dinamakan "bahagia".
Kau merasa kau langsung tak mampu nak ukir senyuman.
Kau memerlukan orang untuk memotivasikan kau.
Buat kesekian kalinya kau merasa semua rasa itu bersatu. 


Itu adalah kau. Bukan dia. Bukan juga mereka. 
Kau tetap kau. Walau kau lindungi diri kau dengan senyuman palsu saat ini.


Sejenak kau terfikir.


Kenapa kau layak untuk merasai semua perasaan itu?
Kenapa Tuhan memilih kau?
Kenapa Dia kasi kau segala perasaan ini yang orang lain langsung tak dapat merasainya.
Sebab apa?
Ayuh, tolong lah fikir positif wahai hati yang banyak persoalan "kesekian kalinya".


Allah memilih kau sebab Dia sayang kau.
Allah memilih kau sebab Dia nak kau dekatkan hati kau padaNya.
Allah memilih kau sebab Dia nak kau hargai bila mana Dia kasi kau "kebahagiaan" satu hari nanti.
Allah memilih kau sebab Dia nak kau berhati-hati dalam memilih hati di masa mendatang.
Allah memilih kau sebab Dia telah siap sediakan kehidupan yang berharga untuk kau.
Subhanallah. Maha Suci Allah yang menciptakan semuanya.


Dan kau berdiri teguh di depan cermin dengan senyuman palsu penuh harapan.
Lalu berkata.

"Kau tak mampu menjaga hati kau lagi. Kau tahu itu. Kau sedar bukan? Maka, kau patut beri hati kau pada Allah. Kini. Saat ini. Biar Dia sahaja yang jaga hati kau". 

Dan kau tersenyum penuh harapan. 

Harapan yang kau sendiri akan bina.

Kau tetap kau. 

Kau tetap ada Allah.

Saturday, April 6

#28 Makcik

Bismillahirrahmanirrahim.


Tetiba minda teringat empunya wajah tua itu. Wajah tua berkedut yang duduk disebelah gua. Sedang gua mengadap buku Nahu Soraf  kesayangan gua sambil kepala dan badan ke sana ke sini mengikut harus bas yang  bawak gua ketika itu.

"Adik, paham ke baca tu. Dah la bahasa arab, takde baris pulak tu", kata empunya wajah tua sebelah gua.

Gua senyum. Tak sangka dia bersuara sebab tadi gua nampak macam sedang tidur.

"Hmm alhamdulillah makcik. Boleh la sikit-sikit," jawab gua. Senyum ke dia.

"Untung nya adik belajar tinggi. Adik ambik bahagian apa? Belajar kat mana?"

"Saya biasa-biasa je acik. Belajar pun gitu-gitu je. Saya ambik bahasa arab komunikasi wartawan". Kata gua.

Gua pandang mata dia dalam-dalam masa tu. Sebak. Tak tahu kenapa.

"Adik, makcik nak mintak doa boleh tak? Anak makcik semua degil-degil. Makcik tak tahu nak buat apa dah. Semua tengah belajar. Makcik nak anak makcik berjaya macam adik"

Dia tunduk. Mata gua dah lain macam.

"Acik, saya pun jahil lagi. Saya bukan alim makcik. Saya baca doa biasa-biasa saja. Doa harian. Saya pun segan nak bagitahu acik.........."

Belum gua habiskan ayat, makcik tu dah peluk lengan gua. Tergamam gua. Rasa nak peluk je dia.

Walau gua  belum ada anak tapi gua dapat rasakan betapa dia berharap sangat anak-anaknya jadi anak berguna. Dan dia berharap sangat gua kasi doa-doa yang dia mintak.

Gua dah terfikir-fikir, gua takde bawak kertas atau buku conteng masa tu. Macam mana gua nak tulis.

Gua selak helaian buku Nahu Soraf gua helaian terakhir. Ada helaian kosong. Alhamdulillah. Walau gua sayang teramat buku tu, gua koyak kan aje. Belasah je lah janji tak tulis kat tisu ye dak.

Makcik tu terus mengadu. Bercerita perihal hati seorang ibu. MasyaAllah. Terima kasih makcik.

Sesambil dia bercerita, otak gua ligat fikirkan doa yang gua amalkan setiap hari. Tangan laju menulis.

"Adik, letakkan sekali baris ya. Nanti senang makcik terangkan dekat anak makcik". Celah dia.

"Ya acik".

20 minit berlalu.

"Acik, yang ni baca lepas solat. bla bla bla. Yang ni pulak baca sebelum belajar bla bla.....", terang gua sedikit.

"Dan ini. Ini untuk acik. Acik baca lah masa anak-anak acik tidur. Baca dan tiup kan di ubun kepala mereka. InsyaAllah. Kita usaha, yang lain kita tawakkal pada Allah. Doa ibu subhanallah tiada hijabnya". Gua tenung dia.

Gua paling pantang bercakap pasal ibu. Lajuuuuu airmata mengalir.

Tetiba...

Tangan gua di letakkan sesuatu.

"Adik, ambik lah duit ni. Buat belanja. Ini sedekah makcik pada adik".

"Acik, saya bukan nak duit acik. Saya bantu sekadar keupayaan saya saja. Acik simpan lah untuk acik sekeluarga".

Gua serba salah. Gua menolak tangannya yang sedang genggam tangan gua kemas. Gua taknak ambil. Memandang wajah tua yang dah menyentapkan hati gua ketika itu, baju yang lusuh, duit hanya di sumbat dalam plastik. Mana mungkin gua nak ambik. Ya Allah. T__T

"Ambik lah adik".

Nak taknak, gua ambik.

"Tapi acik, saya ambik separuh, separuh lagi acik simpan lah. Acik gantikan dengan doa acik. Acik berdoalah untuk saya. Jadi perempuan yang baik, dapat kerja yang baik untuk agama Islam kita, tetapkan hati saya untuk sujud pada Allah. Itu je acik. Boleh ke acik."

Tetiba dia peluk gua.

Gua kelu.

Haihh.

"Ya Allah, kau permudahkanlah jalan untuk makcik ini miliki anak-anak yang mampu menemaninya di syurgaMu kelak. Kau makbulkanlah segala doa nya untuk anaknya. Kau berkatilah usaha makcik ini. Kau murahkanlah rezeki makcik ini". kata gua dalam hati.

Lima tahun berlalu. Gua masih terkenangkan makcik itu sampai sekarang.

Berdoa segala doa yang gua minta dia doakan moga Allah makbulkan. Ameeennn ya Rabb.

Saturday, March 30

#27 Untuk Awak

Bismillahirrahmanirrahim


Ini untuk awak. Ya untuk awak. Sahabat saya. Maybe? Atau adakah saya sepatutnya guna ex-sahabat. Mungkin.

Hampir dua tahun saya berjanji untuk buat entry khas untuk awak. Sejak first gathering Geng Blogger Sengal. Tapi saya pemalas. Malas taip panjang-panjang. Pendek tapi ada makna. Dan banyak update status fesbuk saya, saya tuju ke awak. Walau awak LIKE tanpa sedar. Saya minta maaf.

Apa yang terjadi antara kita? Itu yang saya tak faham. Walau kerap kali saya fikir. Kusut.

Mungkin ianya hanya masalah kecil. Kecil sesangat. Tapi kesan dia besar bukan? Awak sedar itu. 


Anak perempuan syurganya ada pada ibunya selagi mana dia belum berkahwin. Jika berkahwin, maka syurganya adalah pada suaminya. Awak tahu kan. Dan apa yang telah saya buat sampai buat awak "sentap" itu semata ikut kata mak saya. Awak sahabat saya (masa tu) mesti awak nak sangat saya ikut kata mak kan. Saya sanggup kehilangan seorang sahabat saya semata ikut kata mak saya. Saya sanggup awak. Saya minta maaf. :')

Terlalu banyak sangat soalan saya nak tanya. Tapi langsung tidak terluah. Mungkin ia akan hilang kelamaan nanti.

Dengan izin Allah.

video


Saya tahu awak sedang sakit. Kecewa dengan pengalaman lepas. Sampai rasa takde gunanya awak hidup lagi. Saya faham perasaan awak. Sedih bila dengar cerita awak. Tapi kalau awak sedih, saya juga turut sedih itu tak sepatutnya berlaku. Saya cuba untuk jadi happy. Walau awak selalu marah sebab saya selalu "hahaha". Subhanallah maha suci Allah. 

Tapi saya nak awak kuat. Kuat melawan perasaan sendiri. Kuat untuk membina semangat hidup awak kembali. Kuat untuk siapa? Bukan untuk saya. Tapi untuk dia. Dia yang telah kembali kepada sang Pencipta yang Maha Esa. Saya nak tengok awak ada kehidupan sendiri. Saya nak tengok awak happy suatu hari nanti. Dan saya yakin, "suatu hari nanti" itu pasti wujud. Untuk awak. Subhanallah. Rahsia Allah, tiada manusia pun yang tahu,

Saya nak awak positif. Apa sahaja rasa awak, please fikir positif. Awak tahu kan saya tak suka awak fikir negatif. 

Saya doakan yang terbaik untuk awak. Andai ada rezeki lagi, insyaAllah kita bersahabat semula. Its up to you. =)

Alhamdulillah. Walau awak tak bersahabat dengan saya lagi di dunia, dengan lapang dadanya saya doa kan awak bertemu seberapa ramai orang yang boleh jadi sahabat awak. Seberapa ramai. Terima kasih awak. Terima kasih untuk segalanya.

"Walau mata tidak bertemu, biar doa yang menyatu"

Kita bersahabat kerana Allah. Kita berpisah kerana Allah. Lillahi Taala.


Awak, pemetik gitar itu. Saya tak mampu jadi kawan yang terbaik. Saya minta maaf. Dunia akhirat saya.


Saya tak marah.