Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, July 7

#15 Tips Mendapatkan Buffered Earning Tanpa Post Entry

Oheks3...cukup lah 7 bulan masa untuk aku membaca blog kau orang sampai blog sendiri pun terabai. Kalau wanita mengandung agak nya dah hampir-hampir bersalin dah kan. Ini di kira entry pertama aku lah untuk tahun 2011. Jadah. Hai semua, Happy New Year (?) konon ada orang baca lah blog itu kan.


Minggu lepas konon buka akaun Nuffnang mana la tahu kot-kot Nuffnang baik hati nak bagi ganjaran kat blog aku ni padahal satu entry pun takdak. Mujurlah password sentiasa dalam ingatan. Jadi aku nak show off la sikit BE aku tu. Show off eh? Ngaaaa




Hoyeah, sekali terpampang BE daaa. BE tu maksudnya Buffered Earning ya adik-adik. Mesti lah aku kecoh sebab dapat BE tanpa perlu post entry. Nyahaha. Tu haaaa campaign pun tak melekat walau satu pun. Nampak sangat pengiklan pilih kasih. Tepek iklan kat blog yag selalu update je kannnn. Kau hadoo?? Ngeee. Masa bila jadi Metered pun aku tak tahu la maklum la aku bukan seorang yang materialistik tolong la ambil perhatian wahai pemilik jantina lelaki secara genetik.


Balik temuduga tadi, saja nak tengok earning. Sekali lagi tu haaaa, beratur iklan timbul kat blog aku wei. Bila masa diorang buat barisan pun diluar kesedaran aku. Jujur cakap, hanya aku seorang saja asyik dok bukak blog aku ni. Asal nak menaip, terus idea hilang kesudahnya baik baca blog orang lagi seronok ye dak.





Tuudiaaaa. Pengunjung ribu-riban datang blog aku. Nyahaha. Padahal 12 itu aku saja yang keluar masuk buka draft. So totally, dengan angka 12 tu aku mendapat earning seperti yang tertera di atas. Hik3. Tak lama lagi boleh la tekan butang cashout.  Tidak perlu susah-susah maintain kan traffic semata-mata ingin kan status geli-geli asalkan anda seorang penggeli keberangkalian untuk mendapat status itu amat lah tinggi. Tolong lah percaya (!). Terima kasih abang Nuffnang. Ngeee


Orang kata bila sudah dapat BE ni makin bersemangat nak update. Kalau boleh setiap masa nak kendong desktop tu ke hulur ke hilir. Tapi aku slumber je wat tak tahu. Hik3. Lain orang lain cara nya ye dak.


*Berbuat baiklah sesama kita nescaya akan di beri ganjaran berlipat kali ganda.

Friday, April 30

#2 Doa Pemanis Muka Agar Berseri dan Disukai

Assalamualaikum...


Cantik??? *tetiba cakap cantik kenapa?* Owhhh of course la semua orang mahu kelihatan cantik terutama nya kaum hawa. Kalau seseoramg itu kelihatan muda dari umur nya memang la bangga sangat-sangat kan. Saya juga mahu kelihatan cantik juga dan lebih muda berbanding umur saya walaupun hakikat nya saya memang kurang cantik.

Di sini, ingin saya berkongsi sesuatu agar kita kelihatan cantik bersama senantiasa. Kita tidak payah bersusah-susah buat facial muka ataupun botox hanya untuk kelihatan cantik. Tengok saja orang dulu-dulu, memang still comey lote walaupun cicit sudah ramai.







Doa ini mujarab, sebaik-baiknya di baca setiap pagi sebelum keluar rumah. Cuma kena rajin menghafal dan baca setiap kali pakai bedak atau keluar rumah.
 
 
 
Doa pemanis muka ni lebih afdal lagi kalau dibaca 3 kali sehari sebelum memakai bedak atau alat-alat solek mahupun minyak rambut . 
 
 
 
 
Pada sesiapa yang teringin amalkan doa ini, tolong ambil pen dan kertas cepat.
 
 
 
 
 
 
 
Salin elok-elok biar kasi jelas okeh.
 
 
 
 
 
 
 
Hafal dan tarik nafas dalam dalam dan hembus.
 
 
 
 
 
 
 
 
Lepas itu. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Baca kuat-kuat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bagi semua orang dengar.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selamat mencuba.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Amalkan lah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tak rugi!! !!! !!!!!!!













----------------------------- sila baca doa di bawah -----------------------------

















" minyak si tuang tuang,

ku tuang dalam kuali,

muka ku comey macam beruang,

semua orang gerenti lari.

kuang.. kuang..kuang. ."


 
 
 
He…. He….. he……...semoga bertambah manis...

 
Hahahahahaha..... ampun tuan ku.........beribu ribu ampun………

 
Hamba pon terkene beb!!!





notakakiku: bergurau senda lepaskan tension exam.