Sunday, June 6

#4 Blogger Cik Munger Meninggal Dunia

Assalamualaikum...


Al-Fatihah buat Cik Munger atau nama sebenarnya Nur Fazura Azzaty...tatkala mengunjungi belog arwah tanpa di sedari airmata ini mengalir kesedihan...walaupun tidak mengenali arwah, namun terasa sedih tatkala membaca belog yang ditinggalkannya.


rasanya tidak terlambat andai saya baru mengetahui tentang ketiadaan beliau...arwah telah di jemput mengadap Nya pada 24 Mei 2010 semasa berada di tanah suci kota Mekah pada jam 9.18 malam waktu Arab Saudi. moga arwah di tempat kan dikalangan orang orang mukmin.


Bak kata orang bahawa seseorang itu akan terasa dan mengetahui saat saat Dia menjemput kita. dan tanpa kita sedari seseorang itu juga akan menunjukkan beberapa tanda.

salah satu entry yang boleh dianggap sebagai tanda dia akan meninggalkan kita semua adalah yang bertajuk yang terakhir kali

tiap tiap yang hidup pasti akan di jemput Illahi cuma yang menjadi persoalannya adalah bila dan bagaimana kita akan kembali kepada Yang Maha Esa.

semoga arwah Nur Fazura Azzaty damai dan bahagia disana. Amin ya Rabb..ayuh kita sama sama sedekahkan al-Fatihah untuk arwah.


al-Fatihah



notakakiku: P. S I LOVE YOU TILL THE END * memang sedih sangat sangat*

Monday, May 10

#3 Nilai 2 minit.

Assalamulaikum...

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca cerita ini...kalau lebih 2 minit tu bukan membaca la nama nya...tapi mengeja...ekekeke...here we go.


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada kita.

Suatu hari pada masa solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah...tiba tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam...tak nampak apa cuma 2 biji mata dan membawa mesin gun...lalu salah seorang lelaki tu bertempik...


"Sesiapa yang sanggup mati kerana Allah sila berdiri ditempat kamu"...


Selepas mendengar amaran lelaki itu maka lari lah para jemaah itu utk menyelamatkan diri...drpda jumlah 1000 tadi hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yg masih berdiri di tempat masing2 termasuk pak imam...lelaki yg bertempik tadi itu segera membuka tutup muka melihat pak imam smbil berkata,

"ok pak imam, saya dah halau semua yg hipokrit, skg boleh la pak imam mulakan solat Jumaat"..lalu lelaki itu berpaling dan meninggalkan jemaah...


Macam mana...adakah kalian rasa lawak dengan cerita di atas??? Selain terhibur kalian fikirkanlah...


Lawakkan. dari 1000 orang yang mengaku dia Islam hanya 20 yang betul2 beriman...


Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...ke2 lelaki hnya membwa mesin gun...dia x kata pun nak bunuh...tapi generasi sekarang *termasuk saya* amat lemah...baru kena ugut terus lari lintang pukang...lupa yg dia x solat jumaat lagi...


Lawakkan, ada juga yang agamanya hanya seminggu shj...tu pun bila time solat jumaat...tunjuk muka kat orang kampung...ada tu lagi dasyat setahun 2 kali je...bila time solat raya...


Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat kekal, tapi berlumba2 mengejar dunia...


Lawakkan, kita boleh bersembang dengan boyfrenzz or girlfrenzz berejam2 tapi nak berdoa kpd ALLAH alahai...x cukup masa...


Lawakkan? Kenapa gelak? Tu kan realiti...tapi yang paling lawak sekali...berapa orang yang lepas baca entry nie akan sampaikan kat orang lain...


Berapa orang yang akan buka buku agama untuk luangkan masa membaca? Berapa ramai yang sudi berkomen komenan pasal entry ini? Berapa banyak yang sudi bagi pendapat masing2? Berapa banyak?




notakakiku: trimas untuk 2 minit kamu (=_=)