Wednesday, August 11

#8 Thanks Mr. Ultraman, Good Luck to Ellen

Assalamualaikum dan Selamat berPuasa...


Banyak juga saya mendapat pertanyaan dari kawan kawan tentang saya punya UV dan juga buffered yang saya dapat. hehe cam kaunter pertanyaan pula kan...nak tayang kat sini pun malu sebab ciput sangat sangat UV saya. al-maklum la saya punya belog ni bukan semua yang kenal. huhu...kalau tak blogwalking xde nye saya dapat pengunjung. kebelakangan nie juga keadaan memang tak mengizinkan untuk saya lepak lama lama dengan my lappy...Thanks a lot untuk dia yang sudi menjawab kemusykinan saya tentang dunia blogging.




hehe, kalau korang mesti malu kan nak over over kat sini. yerr saya dah cakap UV saya dua puluh ratus ribu kali ganda dengan UV korang tapi tak percaya. haaa tolong jangan gelakkan saya ya...UV saya memang berbeza jauh dengan seorang blogger baru  Ellen yang mendapat lebih 300uv sehari...tahniah juga buat kamu


yang ni pula keywords untuk belog saya. Alhamdulillah setakat ini my belog memang suci lagi murni dari unsur unsur yang tidak menyenangkan...hehe




Alhamdulillah, walaupun kekangan masa yang di alami dengan rutin dunia realiti saya dan juga UV yang memang ciput, hari ni Nuffnang dengan baik hati nya telah bagi saya hadiah...^_^...

dua ketul baru sahaja jadi meterred, datang lagi lima ketul untuk mengisi kotak buffered earning saya...Thanks a lot Nuffnang...menjadi juga tips peribadi saya untuk mendapat kan buffered...hehe...terima kasih juga untuk kalian yang sudi masuk belog cikyuyudotblogspot ini.




Ellen, good luck dalam mendapatkan buffered...walaubagaimanapun semangat dan tujuan utama dalam dunia blogging itu tetap ada dalam jiwa kita...:)



Sekian...

Friday, August 6

#7 Kisah Dan Nostalgia Ramadhan

Assalamualaikum dan salam bahagia...


Sambil minum kopi di  PADINNO KOPITIAM, teringat pulak kisah masa Ramadhan dulu...


pada Ramadhan yang lepas aku hampir hampir di jual oleh kawan aku sendiri. aku bukan tulang lembu untuk di jual dan di buat sup tulang seterusnya di makan ketika berbuka puasa beramai ramai. aku juga bukan ayam daging untuk di buat percik ayam. tapi aku seorang perempuan yang sudah berusia tetapi masih lagi comel lote. keh3. jadi kenapa aku dpilih untuk diperdagangkan maruah ku dengan sebegitu mudah??? aku tak sanggup di jual kepada bapak bapak ayam seterusnya menjadi makanan harian mereka. Nauzubillahiminzalik.


Aku dipukau!!! yepp aku memang dipukau masa kejadian. pada mulanya aku di ajak oleh kawan ku untuk menemani nya berbuka pose dengan si buah hatinya. tanpa ada syak wasangka aku terus setuju. kami jumpa si buah hatinya di luar pagar asrama........


apa yang terjadi padaku??????




aku sedar sedar aku dah berada di luar kawasan rumah taman. Ya Allah, aku memang tak tahu apa yang aku buat di situ. perut berdangdut riang minta di isi sebab aku belum berbuka pose walaupun ketika itu jam dah menunjukkan hampir ke pukul 11 malam. 


kepala berterbangan memikirkan apa yang telah berlaku. baru aku sedar yang aku telah dipukau dengan menggunakan asap rokok si buah hati kawanku. Ya Allah, aku berada dalam kesusahan maka Engkau lindungilah diri aku serta permudahkan urusan aku. Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini. ayat hafazan, doa pelindung diri serta apa sahaja yang terlintas di minda terus aku ulangi bacaan nya. aku tiada sesiapa ketika saat mak ayah aku sedang berterawih sama sama di masjid. aku tidak mampu meraung dan menjerit meminta tolong ketika itu. apa yang aku tahu, Allah sentiasa ada dalam hatiku. itu lah yang aku tanamkan dalam jiwa ku walau kemana aku berpijak. 


Alhamdulillah, setelah memujuk memujuk dan terus memujuk kawanku agar menghantar aku balik ke kolej kediaman, akhirnya beliau mengalah dan terus menghantar aku balik. Syukur ya Allah kerana memakbulkan doaku agar melembutkan hati mereka mereka yang cuba untuk merosakkan masa depan aku. 


aku berterima kasih yang amat kepadu Mu ya Allah kerana melindungi hambaMu ini saat aku dalam kesusahan. Aku bersyukur ya Allah kerana memberi peluang untuk ku hidup dengan tenang dan bahagia dengan kehidupan harian ku. aku bersujud dan bersyukur kepada Mu ya Allah kerana memilih ku bagi menghadapi situasi yang sukar ini, kerna aku tahu Engkau mahu mengujiku sejauhmana keimanan dan ketaatanku berpegang kepada agamamu ya Allah...Alhamdulillah aku tidak di apa apakan dan sekarang aku bahagia dengan kehidupan harianku yang sentiasa sibuk menyiapkan tesis ku. ^_^


Pengalaman yang tak ternilai ini sentiasa membuatkan aku berhati hati dalam memilih kawan. Insya Allah untuk hari hari perjalanan dalam kehidupanku dan untuk Ramadhan kali ini aku akan memastikan tiada apa yang berlaku kepada diri ku, kerna aku terlalu sayang kan diri aku berbanding korang semua. lalala.


moral of the story: sesusah manapun kehidupan yang kita lalui, ingatlah bahawa Dia tetap ada untuk kita. tetapi dimanakah kita saat kita diseru oleh azan untuk mengkiblatkan kiblat kita? sama samalah kita fikir dan renung renungkan.


p/s: rambut sama hitam tapi hati lain lain. sentiasa lah berwaspada dengan orang sekeliling kita khususnya kepada adik adik yang baru masuk ipt...Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan.



Sekian...
kisahku bukan nostalgia tapi ini lah kisah aku dan 1 hari nanti ia akan menjadi nostalgia bagi diriku...thanks to Padin atas jemputan untuk masuk kontest Kisah dan Nostalgia Ramadhan.