Tak perlu lah kau nak terasa
Kalau itu bukan salah kau
Tak perlu lah kau nak bermuka-muka
Kalau kau pesen lurus bendul
Tak perlu lah kau bagi harapan pada orang lain
Kalau kau sendiri tidak pandai menghargai nya
Tak perlu lah kau memujuk rayu
Kalau kau sendiri pun jenis tak makan pujuk
Tak perlu lah kau menggembirakan hati orang lain
Kalau kau sendiri yang melukakan hati dia
Tak perlu lah kau berlagak single
Kalau kau sendiri pun jahil apa maksud single yang sebenarnya
Tak perlu lah kau menabur janji
Jika niat kau sebenarnya hanya untuk mengisi masa kosong kau
Tak perlu lah kau berlagak kaunselor
Padahal kau sendiri 2x5=10
Tak perlu lah menjaga hati makwe/pakwe kau sangat
Kalau hati family sendiri pun robak
Tak perlu lah kau bekerja bagai nak pitam
Walhal kau solat 5 waktu pun belum cukup
Tak perlu lah kau nak update blog
Kalau blog kau macam sarkas tahu!
Tak perlu lah kau pakai pashmina tebal-tebal
Kalau kau setakat balut dada saja
#Hakikatnya, menyalahkan orang lain memang perkara yang sangat sedap kot. Tapi lagi sedap bila muhasabah kelemahan diri sendiri.
Thursday, November 3
Tuesday, August 23
#17 Perkara paling grrr bulan puasa
Sedar tak la sedar sangat rupa-rupanya Ramadhan bakal berakhir tak lama lagi. Semoga beberapa hari yang lepas mendapat keberkatan dari Nya. Berharap dengan sangat. Dan sedar tak la sedar sangat jugak sudah hampir sebulan aku berprofesyen bukan seorang kuli Telekom Malaysia. Letak jawatan dalam hanya 2 minggu berkerja. Sangat profesional. Jadi automatik lah cerita pasal Fadil aku kuburkan saja. Sedar tak la sedar tapi memang kena sedar yang aku bekerja di tempat yang lebih mencabar dari jadi kuli Telekom tu.
Arghh idea mati. Benda yang terjadi pada semua aku rasa. Ralat
Okey, sambung balik.
Setiap hari aku dikelilingi manusia-manusia dari seluruh negara, berlainan kulit, ada yang letak sekayu kain di badan buat aku rasa dok di tanah arab, dan ada yang buatkan aku rasa dok di Amerika pun ada, juga bermacam perangai yang ada kala nya buat aku rasa mahu bagi pelempang sedas dua. Aku rasa je pun tapi setakat ni aku belum lempang sesapa lagi kot. Memang betei-betei mencabar.
Tapi tu bukan benda yang nak cerita kan di sini. Kalau nak sekali harung aku cerita memang tak la. Bulan-bulan macam ni yang siang hari kau orang rasa nak mandi berjam-jam dapat pulak pekena teh o ais limau memang syurga la kan tapi Ramadhan punya pasal kena la hormat walaupun ada yang cuti berpuasa. Tapi tu orang islam je la kan. Cina, mat-mat saleh setakat tahu je bulan tu puasa tapi tak puasa pun depa so apa ada hal setakat nak makan chicken mac deluxe depan kita kan.
Tetiba lalu sekumpulan manusia sambil menjilat sunday cone memang rasa macam nak menangis bhai.

