Thursday, November 11

#14 Tengok Bangunan Siswi Pun Boleh Teransang Ke? Lelaki Oh Lelaki

Huehuehue...tengah malam semalam konon nya nak hirup udara malam la kan sambil melihat bulan mengira bintang...sebab kita nie suka dengan bau udara malam...dats wai kadang kadang kita tak tidur malam...lampu ruang tamu di tutup...kita selak langsir hanya muat untuk sebelah mata saja...sebab sebelah kolej kita ada hotel and ramai orang lepak kat tepi tepi jalan tue...aurat kena jaga...nanti tak pasal pasal kita dapat dosa free...ehh tak nak lah macam tu.


Tengah syok bilang bintang kita pandang bawah...hahahah whatthewhatthenyahhhhhh ada orang tengah syok buat tuttttt...paham tak ni kita cakap apa...grrr...seorang lelaki tengah buat tu la...ala kalau buat solo solo tu orang panggil apa erk...paham kannnn..yerkkksss...dia pakai jam yang keluar cahaya bila waktu malam...haha macam kanak kanak riang pulak...tapi badan gendut semacam je...agak agak dah bapak orang kot...hehe terngumpat sikit..ahhh padan muka kau.


Nasib baik kita tak nampak dia punya tutttt...huhh selamat kalau tak habis melayang ilmu kita selama ni...kita malas nak cakap lushah okey...blog kita kan blog suci...kalau tak apa guna nya kita pakai safi kan...sungguh suci sungguh murni...hehe...adoii ni mesti kes nafsu terlebih 9 punya kes ni...ehh bukan perempuan ker nafsu 9.


Pastu dia ternampak mata sebelah kita...dia lambai ajak kita turun bawah...wahhh dah buat dosa tu siap ajak berjemaah lagi kauuuuuu...


Dari celah celah langsir kita laung...TUNGGU SAMPAI SAYA DATANG TAHUUUUUUU!!!....


Hahaha tunggu la kau sampai esok pagi pun...pastu kita masuk tidur...zzzzz. krohh krohh krohh..bangun subuh tadi kita tengok dia tertidur dalam kereta dia kat tepi jalan tu...hahahaha


Kepada lelaki di luar sana, jangan buat perangai macam ni..bunghuukk tahu.


Sekian.


Monday, November 8

#13 Syukur

Eh bila masa pulak bulan Novermber. Alah pandai je beliau buat buat terkejut kan padahal takde masa nak hapdate kat sini.Yer last beliau menulis kat sini masa bulan lepas tempoh bulan kan. Hari nie alhamdulillah mata beliau dah boleh celik sikit. Macam orang nazak dah beliau rasa. Nak makan makanan best best pun tak syok. Tapi okey la tu sekurang kurang nya badan ni makin slim melim kannn. Tahu tak badan tong gas tu macam mana. Ahh buat buat paham je la erk. 


Semalam doktor kasi obat Ya Rabbi banyak nye. Macam nak makan setahun je gaya nye kannnn. Ini lah dugaan Yang Maha Hebat pernah beliau lalui. DENGGI!!! Tahu tak denggi tu hape hah. Bila sakit macam nie baru la kita tahu mana yang boleh di jadikan kawan dan mana yang sekadar kita berkawan semata mata.


Orang cakap penyakit ni bahaya sesangat. Boleh membawa maut. Beliau pun tak pasti sangat. Kepala beliau pun dah rasa macam nak tercabut dah. Pastu makin lama makin banyak pulak beliau tengok lappy nie. Thanks to semua yang mendoakan kesihatan beliau. 


Sekian.

Wednesday, October 20

#12 20.10.2010 - Selamat Tinggal Cikyuyu

Assalamualaikum...


Ukhwah antara kita banyak bermula di sini...hari berganti hari, jalinan kita semakin mesra...walaupun sekadar teman di alam maya namun tak mustahil ia akan berlarutan ke dunia realiti...kalau tidak, tiada lah istilah blogger kawen sesama blogger ye dak...sangat sweet kan...


Membuat sesuatu keputusan tidak sesenang mengira A B C 1 2 3...apatah lagi jika ia melibatkan orang yang kita sayang...tanggal tarikh ini, saya dengan hiba nya mengucapkan terima kasih dan terima kasih banyak banyak pada kamu yang pernah mengenali saya walaupun hanya sekadar waktu cuma...percaya lah saya akan senantiasa ingat akan detik detik kita bermesra di sini...kerna, saya mengenali kalian bukan sekadar sebagai blogger tapi huluran sebuah persahabatan itu saya mulakan dengan hati yang ikhlas...percayalah wahai teman, andai perhubungan yang kita bina di sertakan dengan hati yang iklas maka tidak mustahil andai satu hari nanti kita akan bersua lagi...


Jangan bersedih sayang...andai di panjangkan umur saya tidak akan sesekali meninggalkan kalian...susah untuk kita gambarkan jika ia benar benar suratan takdir Illahi...segala kenangan yang tercipta di sini akan saya abadikan di lain coretan...
Tarikh ini, blog http://cikyuyu.blogspot.com akan di tutup...yerr sayang, saya akan tutup blog nie...jangan marah dengan saya...saya tak sanggup di hentam lagi...saya tak sanggup di perli sesedap rasa hanya kerna melihat saya berblog apatah lagi yang mengetahui saya mampu mendapat income dengan hanya punya blog...bukan saya give up tapi saya cuma ingin mencari sebuah ketenangan...dengan blog ini, ketenangan yang di dambakan tidak saya temui...


Saya ingin hati saya menulis...biarlah hati saya menulis segala yang tersirat selama ia di simpan...hati saya sebak, otak saya berat, dada saya sesak, jiwa saya sakit...ke mana lagi ingin saya luahkan kata hati jika bukan di sini...tapi saya sukar meluahkan nya kerna tatkala jari ini ingin menaip, automatik saya akan fikir perasaan ramai orang...saya takut mereka mereka itu akan hatinya terguris...maaf kan saya...saya tidak berniat menanam sifat cemburu di hati kalian.


Biarlah saya membawa diri...demi mencari sebuah kebebasan walau terpaksa mengenepikan persahabatan antara kita...sudah tiba masa nya saya mencari ketenangan untuk hati saya berehat walau seketika cuma.


Biarkan saya berundur di sini saja...jangan sedih kerna saya...saya tak ingin melihat kalian sedih sebab bila kalian sedih sangat buruk sekali okey...biarlah saya buruk sorang sorang saya tak kesah...biarkan kamar ku beradu dengan kebasahan airmata di bantal, biarkan hati ku menangis semahu mahu nya hanya untuk malam ini...akan ku bangkit hari esok dengan sinar sang suria yang bakal menemani ku.


To Afiq Bukhari, Tomen, Man Kete,Anish, Zaer, Ellen, Miss XYZ, Mat oioi, Anna, Cik Tom, Jericho, Belalang Kachak dan ramai lagi, kalian memang kawan yang best...kita jumpa di alamat rumah baru Yuyu nanti okey...:) Yuyu sayang kalian...hak hak hak terharu tak...bukan senang Yuyu nak sayang orang laki tau tak??? hik hik hik



Sekian,
Yang Menyayangi kalian.
Yuyu.

Monday, September 20

#11 Indahnya Hidup ber 'kalau'.

Assalamualaikum...


Kalau daku seorang jutawan, kemiskinan tegar akan daku lupuskan di Malaysia...Kalau daku mempunyai jiran yang bernama Doraemon, akan daku meminjam cermin ajaibnya untuk membolehkan daku pulang ke kampung setiap petang untuk makan free...buka saja pintu cermin  ajaibnya terus sampai ke kampung.


Agaknya apa 'kalau' yang pertama bagi orang kaya erk...hehe


# kalaulah Fahrin Ahmad datang melamarku...KALAU.


Sekian.

Sunday, August 29

#10 Dialog Ahad

Assalamualaikum...



LEMBU: Hai anjing, apa habaq?
ANJING: habaq kurang baik la BU.


LEMBU: ehh kenapa pulak nie? Macam ada yg tak kena je?
ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.



LEMBU : eh? kenapa?
ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata “waka waka eh eh mak kau...hoi anjing, pergi jauh-jauh la, najis mughallazoh!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi orang Islam. Biasalah tu.
ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?



LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih
dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.
ANJING: Wah.. ayat ko memang power la BU… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU”.



Sekian...^_^ ...selamat hujung minggu.

Wednesday, August 18

#9 Don`t Make Me Sad

Assalamualaikum...


Balik sekolah petang. balik teraweh buat kerja sekolah jap and then layan Ketika Cinta Bertasbih Special Ramadhan aka KCB 3. semua nya ada 50 episod. setiap episod per 1 jam. ada lagi baki 45 episod. ^_^ cerita yang penuh pengajaran dan pembelajaran. sesuai di tonton bulan Ramadhan. nasib mr. Lappy tak terbakar.


Baru 2 hari tak online terus ada yang mencari dan merindui. terus rasa bersalah dan terus makin teruja untuk berblogging dan terus rasa di sayangi..hehe. agaknya kalau 2 tahun tak online ada lagi tak yang akan mencari dan mengingati siapa pemilik cikyuyudotblogspotdotcom ni...terima kasih pada yang mencari.

tak pecaya???









Sekian...

Wednesday, August 11

#8 Thanks Mr. Ultraman, Good Luck to Ellen

Assalamualaikum dan Selamat berPuasa...


Banyak juga saya mendapat pertanyaan dari kawan kawan tentang saya punya UV dan juga buffered yang saya dapat. hehe cam kaunter pertanyaan pula kan...nak tayang kat sini pun malu sebab ciput sangat sangat UV saya. al-maklum la saya punya belog ni bukan semua yang kenal. huhu...kalau tak blogwalking xde nye saya dapat pengunjung. kebelakangan nie juga keadaan memang tak mengizinkan untuk saya lepak lama lama dengan my lappy...Thanks a lot untuk dia yang sudi menjawab kemusykinan saya tentang dunia blogging.




hehe, kalau korang mesti malu kan nak over over kat sini. yerr saya dah cakap UV saya dua puluh ratus ribu kali ganda dengan UV korang tapi tak percaya. haaa tolong jangan gelakkan saya ya...UV saya memang berbeza jauh dengan seorang blogger baru  Ellen yang mendapat lebih 300uv sehari...tahniah juga buat kamu


yang ni pula keywords untuk belog saya. Alhamdulillah setakat ini my belog memang suci lagi murni dari unsur unsur yang tidak menyenangkan...hehe




Alhamdulillah, walaupun kekangan masa yang di alami dengan rutin dunia realiti saya dan juga UV yang memang ciput, hari ni Nuffnang dengan baik hati nya telah bagi saya hadiah...^_^...

dua ketul baru sahaja jadi meterred, datang lagi lima ketul untuk mengisi kotak buffered earning saya...Thanks a lot Nuffnang...menjadi juga tips peribadi saya untuk mendapat kan buffered...hehe...terima kasih juga untuk kalian yang sudi masuk belog cikyuyudotblogspot ini.




Ellen, good luck dalam mendapatkan buffered...walaubagaimanapun semangat dan tujuan utama dalam dunia blogging itu tetap ada dalam jiwa kita...:)



Sekian...

Friday, August 6

#7 Kisah Dan Nostalgia Ramadhan

Assalamualaikum dan salam bahagia...


Sambil minum kopi di  PADINNO KOPITIAM, teringat pulak kisah masa Ramadhan dulu...


pada Ramadhan yang lepas aku hampir hampir di jual oleh kawan aku sendiri. aku bukan tulang lembu untuk di jual dan di buat sup tulang seterusnya di makan ketika berbuka puasa beramai ramai. aku juga bukan ayam daging untuk di buat percik ayam. tapi aku seorang perempuan yang sudah berusia tetapi masih lagi comel lote. keh3. jadi kenapa aku dpilih untuk diperdagangkan maruah ku dengan sebegitu mudah??? aku tak sanggup di jual kepada bapak bapak ayam seterusnya menjadi makanan harian mereka. Nauzubillahiminzalik.


Aku dipukau!!! yepp aku memang dipukau masa kejadian. pada mulanya aku di ajak oleh kawan ku untuk menemani nya berbuka pose dengan si buah hatinya. tanpa ada syak wasangka aku terus setuju. kami jumpa si buah hatinya di luar pagar asrama........


apa yang terjadi padaku??????




aku sedar sedar aku dah berada di luar kawasan rumah taman. Ya Allah, aku memang tak tahu apa yang aku buat di situ. perut berdangdut riang minta di isi sebab aku belum berbuka pose walaupun ketika itu jam dah menunjukkan hampir ke pukul 11 malam. 


kepala berterbangan memikirkan apa yang telah berlaku. baru aku sedar yang aku telah dipukau dengan menggunakan asap rokok si buah hati kawanku. Ya Allah, aku berada dalam kesusahan maka Engkau lindungilah diri aku serta permudahkan urusan aku. Sesungguhnya, Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaMu ini. ayat hafazan, doa pelindung diri serta apa sahaja yang terlintas di minda terus aku ulangi bacaan nya. aku tiada sesiapa ketika saat mak ayah aku sedang berterawih sama sama di masjid. aku tidak mampu meraung dan menjerit meminta tolong ketika itu. apa yang aku tahu, Allah sentiasa ada dalam hatiku. itu lah yang aku tanamkan dalam jiwa ku walau kemana aku berpijak. 


Alhamdulillah, setelah memujuk memujuk dan terus memujuk kawanku agar menghantar aku balik ke kolej kediaman, akhirnya beliau mengalah dan terus menghantar aku balik. Syukur ya Allah kerana memakbulkan doaku agar melembutkan hati mereka mereka yang cuba untuk merosakkan masa depan aku. 


aku berterima kasih yang amat kepadu Mu ya Allah kerana melindungi hambaMu ini saat aku dalam kesusahan. Aku bersyukur ya Allah kerana memberi peluang untuk ku hidup dengan tenang dan bahagia dengan kehidupan harian ku. aku bersujud dan bersyukur kepada Mu ya Allah kerana memilih ku bagi menghadapi situasi yang sukar ini, kerna aku tahu Engkau mahu mengujiku sejauhmana keimanan dan ketaatanku berpegang kepada agamamu ya Allah...Alhamdulillah aku tidak di apa apakan dan sekarang aku bahagia dengan kehidupan harianku yang sentiasa sibuk menyiapkan tesis ku. ^_^


Pengalaman yang tak ternilai ini sentiasa membuatkan aku berhati hati dalam memilih kawan. Insya Allah untuk hari hari perjalanan dalam kehidupanku dan untuk Ramadhan kali ini aku akan memastikan tiada apa yang berlaku kepada diri ku, kerna aku terlalu sayang kan diri aku berbanding korang semua. lalala.


moral of the story: sesusah manapun kehidupan yang kita lalui, ingatlah bahawa Dia tetap ada untuk kita. tetapi dimanakah kita saat kita diseru oleh azan untuk mengkiblatkan kiblat kita? sama samalah kita fikir dan renung renungkan.


p/s: rambut sama hitam tapi hati lain lain. sentiasa lah berwaspada dengan orang sekeliling kita khususnya kepada adik adik yang baru masuk ipt...Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan.



Sekian...
kisahku bukan nostalgia tapi ini lah kisah aku dan 1 hari nanti ia akan menjadi nostalgia bagi diriku...thanks to Padin atas jemputan untuk masuk kontest Kisah dan Nostalgia Ramadhan.


Thursday, June 24

#6 Semangat Yang Hilang

Assalamualaikum...

Thanks to jiwa kacau for this award...even i have Top Blogger 2010 tapi hari ni semangat blogging down menjunam...:-(



Result sem 6 dah dapat...kesimpulannya, im not dean list for this semester :-(...amat kecewa dengan penurunan 0.16...terlalu banyak...sobs sobs sobs...hati begitu sedih, sedih dan sedih...terasa usahaku tak ada kurangnya...ya Allah, dimanakah silapnya ya Allah...ingin di tangisi tiada gunanya...aku harus bangkit...uarghhh...lagi 2 sem peluang aku sebelum saki baki pengajian berakhir...yesssss u can do it dear...pray for me ^_^...



notakaki: masa untuk simpan lappy bawah katil, esok siang ambik balik... boleh macam tu???

Sunday, June 13

#5 Kau jenis perempuan yang macam mana ha!!! *emo

Assalamualaikum...

Semalam sebelum tido sempat la saya bermesej mesej ngan sorang member. yang pasti dia seorang lelaki...ekeke...malu malu ni nak mesej ngan orang laki...mula mula hanya mesej ringan ringan saja. contohnya awak pe kabo? awak tengah buat apa? awak dah solat?  lalala... tak lama lepas tu lebih kepada yang berat berat. hah berat cam mana tu. berapa kilo berat dia. mesej pun boleh timbang ke. sesape ada penimbang mesej sila kasi tau saya weh, mau pinjam ni...muehehe...



dia : 2 tahun saya becinta ngan dia awk, kuarga saya smue dah tau, bila saya ajak nikah dia cakap muda lagi, belum sedia, tak pe la saya tunggu, sayang punya pasal. sampaila 1 hati tu dia ajak saya nikah apa lagi suka sangat la saya. lagi 3 hari rombongan untuk meminang dia, tetiba dia pitam n pengsan, apa lagi saya dukung dia bawak pegi klinik, bila doktor cek dia cakap tahniah awak akan jadi ayah. apa lagi terkejut gila saya masa tu awak, sebab saya tak pernah pun tido dengan dia macam mana boleh mengandung pulak.


aku: kira nya perempuan tu curang dengan awak la erk...*hehe tetiba tertanya soklan cam ni*


dia: bila dia sedar aje saya pun terus bawak dia balik kampung dia, dalam perjalanan ke kampung dia saya tanya anak sapa dalam perut dia, mula mula dia tanak cakap, saya bagitau dia biar kita mati sama sama, saya pun bawak keta macam orang gila. disebabkan dia takut mati dia pun ngaku la yang setiap kali dia balik kampung dia akan jumpa boprenz lama n tido umah boprenz lama dia, fuhh masa tu saya la manusia paling bodoh atas muka bumi ni, dia cakap dia amat cintakan saya, ngan boprenz lama dia hanya suka suka aje.  awak, macam ni punya perempuan pun ada dalam dunia ni...sakit awak sakit sangat sangat hati saya ni. saya memang dah tau dari awal lagi yang dia bukan anak dara tapi saya trima dia seadanya kerana Allah Taala. akhirnya ni yang saya dapat, tu la sebabnya saya tanak kawin lagi.


aku: sabar la wak erk...*tatau nak balas apa dah*



hah hambik kau,  kau tengok la kesan dari perbuatan kau ni...aku bengang weh ngan sikap kau ni perempuan. aku bengang sebab aku pun perempuan jugak, aku bengang sebab kau buat member aku macam ni, aku bengang sebab kawan aku dah patah hati sampai tanak kawen dah lagi disebabkan perbuatan kau.pokok pangkal nya aku memang bengang.



aku memang tak kenal kau tapi serba sedikit aku kenal member aku ni. aku sedih woo bila tahu kawan aku pun sedih. kenapa kau tak bersyukur? kau patut bersyukur dipertemukan ngan sorang lelaki dengan tulus nya sayang kat kau. walaupun dia tahu kau  bukan anak dara lagi tapi dia sanggup jadi kan kau suri hidup dia. kau nak tahu kenapa? sebab dia sayang kat kau bukan kerana nafsu semata mata. kau faham tak ni..kau memang tak tahu bersyukur kan. nak aku ajar kau ke macam mana cara bersyukur?



kau ingat kau boleh kabur kan perbuatan kau tu dengan akad perkahwinan ke? Tuhan Maha Adil la...Dia tahu mana yang terbaik untuk hambaNya. senang senang je kau nak jadikan dia pak sanggup. kau berriang ria raya ngan orang lain pastu kau nak orang lain lak pikul beban kau erk. sorry naik lorry la weh



kalau kau nak `main` pun tak payah dengan budak 2 tahun lagi muda dari kau. kau yang tua patut nya kau jadi pembimbing untuk yang muda. dah la maruah tergadai, duit lak tak dapat. huhhh sia sia je la...kot ye pun baik kau test market kau tu kat Bukit Bintang weh, sekurang kurang nya dapat la jugak rm2.50 satu malam. dapat la jugak kan walaupun sikit..ekekeke..pelacur pun ada harga jugak tapi yang kau ni aku pun tatau la nak bagi label macam mana.



hah kau pun si budak hingusan, kau baru 23tahun weh, jauh lagi perjalanan hidup kau. baik kau cari perempuan muda la weh, jangan nak ganggu awek orang..tu la dulu masa berkapel tanak kapel betul betul. bila dah putus baru la nak tergedik sana tergedik sini. dah tahu kau budak tu pegi main jauh jauh la weh. main congkak pun best jugak.  walaupun aku masih muda cun melecun lagi tapi tak de la aku nak lap hingus aku kat orang lain.



kalau kau berdua ada terbaca aku nya belog ni, aku harap korang bertaubat la erk, hanya taubat yang boleh menghapuskan dosa korang...aku nak kau tahu bahawa lelaki yang mencintai kau ni aka kawan aku sendiri sedih woo ngan perangai kau...aku harap korang berdua selamat di ijabkabul kan la erk, jangan la pulak nak buang anak merata tempat semata mata nak cari publisiti murahan.



saya sebagai seorang kawan hanya mampu nasihat menasihati je..kalau korang jadi saya apa akan korang laku kan?




notakakiku: tetiba ter-emo...T_T

Sunday, June 6

#4 Blogger Cik Munger Meninggal Dunia

Assalamualaikum...


Al-Fatihah buat Cik Munger atau nama sebenarnya Nur Fazura Azzaty...tatkala mengunjungi belog arwah tanpa di sedari airmata ini mengalir kesedihan...walaupun tidak mengenali arwah, namun terasa sedih tatkala membaca belog yang ditinggalkannya.


rasanya tidak terlambat andai saya baru mengetahui tentang ketiadaan beliau...arwah telah di jemput mengadap Nya pada 24 Mei 2010 semasa berada di tanah suci kota Mekah pada jam 9.18 malam waktu Arab Saudi. moga arwah di tempat kan dikalangan orang orang mukmin.


Bak kata orang bahawa seseorang itu akan terasa dan mengetahui saat saat Dia menjemput kita. dan tanpa kita sedari seseorang itu juga akan menunjukkan beberapa tanda.

salah satu entry yang boleh dianggap sebagai tanda dia akan meninggalkan kita semua adalah yang bertajuk yang terakhir kali

tiap tiap yang hidup pasti akan di jemput Illahi cuma yang menjadi persoalannya adalah bila dan bagaimana kita akan kembali kepada Yang Maha Esa.

semoga arwah Nur Fazura Azzaty damai dan bahagia disana. Amin ya Rabb..ayuh kita sama sama sedekahkan al-Fatihah untuk arwah.


al-Fatihah



notakakiku: P. S I LOVE YOU TILL THE END * memang sedih sangat sangat*

Monday, May 10

#3 Nilai 2 minit.

Assalamulaikum...

Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca cerita ini...kalau lebih 2 minit tu bukan membaca la nama nya...tapi mengeja...ekekeke...here we go.


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...


Bayangkan benda ini berlaku pada kita.

Suatu hari pada masa solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah...tiba tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam...tak nampak apa cuma 2 biji mata dan membawa mesin gun...lalu salah seorang lelaki tu bertempik...


"Sesiapa yang sanggup mati kerana Allah sila berdiri ditempat kamu"...


Selepas mendengar amaran lelaki itu maka lari lah para jemaah itu utk menyelamatkan diri...drpda jumlah 1000 tadi hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yg masih berdiri di tempat masing2 termasuk pak imam...lelaki yg bertempik tadi itu segera membuka tutup muka melihat pak imam smbil berkata,

"ok pak imam, saya dah halau semua yg hipokrit, skg boleh la pak imam mulakan solat Jumaat"..lalu lelaki itu berpaling dan meninggalkan jemaah...


Macam mana...adakah kalian rasa lawak dengan cerita di atas??? Selain terhibur kalian fikirkanlah...


Lawakkan. dari 1000 orang yang mengaku dia Islam hanya 20 yang betul2 beriman...


Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...ke2 lelaki hnya membwa mesin gun...dia x kata pun nak bunuh...tapi generasi sekarang *termasuk saya* amat lemah...baru kena ugut terus lari lintang pukang...lupa yg dia x solat jumaat lagi...


Lawakkan, ada juga yang agamanya hanya seminggu shj...tu pun bila time solat jumaat...tunjuk muka kat orang kampung...ada tu lagi dasyat setahun 2 kali je...bila time solat raya...


Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat kekal, tapi berlumba2 mengejar dunia...


Lawakkan, kita boleh bersembang dengan boyfrenzz or girlfrenzz berejam2 tapi nak berdoa kpd ALLAH alahai...x cukup masa...


Lawakkan? Kenapa gelak? Tu kan realiti...tapi yang paling lawak sekali...berapa orang yang lepas baca entry nie akan sampaikan kat orang lain...


Berapa orang yang akan buka buku agama untuk luangkan masa membaca? Berapa ramai yang sudi berkomen komenan pasal entry ini? Berapa banyak yang sudi bagi pendapat masing2? Berapa banyak?




notakakiku: trimas untuk 2 minit kamu (=_=)

Friday, April 30

#2 Doa Pemanis Muka Agar Berseri dan Disukai

Assalamualaikum...


Cantik??? *tetiba cakap cantik kenapa?* Owhhh of course la semua orang mahu kelihatan cantik terutama nya kaum hawa. Kalau seseoramg itu kelihatan muda dari umur nya memang la bangga sangat-sangat kan. Saya juga mahu kelihatan cantik juga dan lebih muda berbanding umur saya walaupun hakikat nya saya memang kurang cantik.

Di sini, ingin saya berkongsi sesuatu agar kita kelihatan cantik bersama senantiasa. Kita tidak payah bersusah-susah buat facial muka ataupun botox hanya untuk kelihatan cantik. Tengok saja orang dulu-dulu, memang still comey lote walaupun cicit sudah ramai.







Doa ini mujarab, sebaik-baiknya di baca setiap pagi sebelum keluar rumah. Cuma kena rajin menghafal dan baca setiap kali pakai bedak atau keluar rumah.
 
 
 
Doa pemanis muka ni lebih afdal lagi kalau dibaca 3 kali sehari sebelum memakai bedak atau alat-alat solek mahupun minyak rambut . 
 
 
 
 
Pada sesiapa yang teringin amalkan doa ini, tolong ambil pen dan kertas cepat.
 
 
 
 
 
 
 
Salin elok-elok biar kasi jelas okeh.
 
 
 
 
 
 
 
Hafal dan tarik nafas dalam dalam dan hembus.
 
 
 
 
 
 
 
 
Lepas itu. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Baca kuat-kuat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bagi semua orang dengar.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selamat mencuba.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Amalkan lah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tak rugi!! !!! !!!!!!!













----------------------------- sila baca doa di bawah -----------------------------

















" minyak si tuang tuang,

ku tuang dalam kuali,

muka ku comey macam beruang,

semua orang gerenti lari.

kuang.. kuang..kuang. ."


 
 
 
He…. He….. he……...semoga bertambah manis...

 
Hahahahahaha..... ampun tuan ku.........beribu ribu ampun………

 
Hamba pon terkene beb!!!





notakakiku: bergurau senda lepaskan tension exam.

Thursday, March 25

#1 Roti canai VS 'Ketupat'

Wahhh!!! Tengok saja tajuk di atas tu buat aku berada dalam zon bahaya. Manakan tidak, mesti ada orang tidak puas hati dengan aku terutama kaum sejenis ku kan dan juga para penggemar roti canai. Sabar ya puan-puan, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang dan sebagainya. Aku di sini bukan mahu tunding jari kepada sesiapa pun. Situasi ini pun terjadi pada diri aku juga. Tapi kalau ada yang terasa hati tu aku x boleh buat apa lah.

Asal cakap je pasal mengumpat mesti di kepala kalian tergambar raup wajah wanita kan. Kenapa raup wajah lelaki tidak muncul? Adakah lelaki tidak mengumpat dalam hidup mereka?  Lu pikir la sendiri...huhu

Mengumpat? Ermmm best sangat ke?
Best lagi roti canai yang dijual dekat kafetaria Quran Sunnah kan.
Bang, roti canai 1.
Siap!!!
                                                    Rm 0.80

Tapi kenapa kita masih, terus dan bakal mengumpat lagi. 
Kadang-kadang orang menggunakan bahasa yang lagi lembut dari mengumpat antaranya bergosip ataupun mengambil berat.
Padahal wajhu syabah nya tetap sama.

Anda tahu x apa itu mengumpat? 
Mesti tahu kan.

Pada pandangan peribadi aku, mengumpat ialah mencela atau memperkatakan keburukan orang lain antaranya kawan-kawan, cikgu-cikgi, orang yang lalu lalang atau apa sahaja yang ada atas bumi Allah ni lah dengan menggunakan  perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain baik kepada perkara yang benar apa lagi perkara yang di reka semata-mata. (kalau salah tolong betulkan:-) )

Sebenarnya kalau kita lihat, mengumpat nie terjadi baik dirumah, ditempat orang kawin,dipejabat @ dimana mana saja selagi kita ada lawan untuk berbicara. 


Mengapa kita suka mengumpat?

Kadang-kadang kita mengumpat ini secara tidak sengaja, bagi kita sekadar mengatakan, " Eh Siti, tadi aku jumpa Hani, bukan main lagi dia. pakai baju ketat betul, tak sesuai langsung dengan badan dia yang gempal tu," bagi kita perkataan ini sekadar untuk memberi gambaran tentang keadaan Hani pada hari itu, tapi sebenarnya kata-kata ini sudah termasuk dalam katogeri mengumpat. Memang susah kan?

Di rawikan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk satu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, "Wah pendeknya dia." Segera Rasulullah SAW berkata, "Engkau telah mengumpat wahai Aisyah.

Agaknya berapa ramai yang menjadi mangsa umpatan kita sepanjang kita hidup.    
Entah berapa ramai orang yang kita kena cari untuk minta maaf. Rasanya tak tercari, lagi dahsyat kalau yang telah meninggal dunia ... lalu bagaimana ?

Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya nescaya tumbuh sebahagiannya.

Ada kalanya kita manusia, memang tidak boleh lari sepenuh nya dari nak mengata, menegur atau lebih dikenali dengan perkataan mengumpat..

Sekiranya satu teguran yang membina tu mungkin x salah kan?




* what u did, u get back
bila kita mengumpat, kita akan di umpat balik.