Sunday, July 10

#16 Gadis kerek, abang poyo dan interview

Tanah belum menampakkan wajahnya aku dah tercegak depan sebuah company ni. Semangat interview orang putih kata. Jadi aku lepak dekat bus stop dulu. Hampir 2 jam jugak la macam tu. Bercakap sorang-sorang umpama sedang di interview. Kisah apa orang pikir apa pun. 

Tepat jam 11.30 button di tekan ke level 1. Jantung berdebar tak payah citer. Kecut. 

Sesampainya aku di situ kelihatannya orang lain semua datang bawak kawan, gofrenz, bofrenz semua. Yang bawak parents pun ada. Semangat. Aku sorang-sorang bawak diri maklum la orang kampung kena berdikari. Ngee.


****************

Jam 12 jantung bagai nak luruh. Cover habis punya. Orang tak tahu pun keadaan dalaman aku ni macam mana jadi buat apa nak bagitahu ye dak. Orang hensem macam aku mesti la cover baik punya umpama air yang tenang belum tentu ada buaya. Erkk.

Bla bla bla kena isi borang apa semua. Pastu kena jawab test lagi. Subjektif. Tepi aku ada sorang mamat ni. Nama Fadil katanya. Takkan nak check i/c dia pulak kan. Percaya je la.

"awak, nanti saya nak tiru test jap lagi boleh tak, semalam tak sempat nak study"...tanpa rasa bersalah dia mintak nak tiru aku.

Heh. Aku sekadar senyum acuh tak acuh dan angguk kepala je. Takkan nak geleng pulak kan nampak sangat la kedekut ilmu. Ilmu patut di salurkan bukan nya di simpan ye dak. Lagipun mana la tahu kot-kot boleh sangkut dengan mamat ni ke. Not bad. Haha.

Lepas 2 jam lebih kurang test siap. Yer, memang Fadil tiru aku pun. Tapi tu bukan motif utama aku nak citer sini. Lepas tu.....


***************

"Hello guys, my name is bla bla bla. I am your interviewer today..."kata orang depan aku. Kalau time interview memang kena sepiking ehh. Kata bahasa jiwa bangsa.

Aku dah makin gelabah. Orang pergi interview ada dak yang tak gelabah. Habak mai kat aku la. 

Orang lain dah dok bla bla bla promot diri apa semua. Time interview memang kena promot diri kalau-kalau nak cepat dapat kerja la. Kalau tak sampai bila kau orang takkan dapat kerja ye dak tapi jangan la sampai bercerita yang baik-baik aje. Manusia mana ada sempurna. Ekeke.

"Ok next, who is bla bla bla, please introduce yourself, your age, weakness, strenghts and why should our company hired you"- kata interviewer kat aku.

My name is bla bla bla. I am fresh graduate from Islamic Science University of Malaysia in Degree of Arabic Language and Communication Journalism. and bla bla bla bla. Hampir 20 minit gak la aku dok bercerita. Banyak dok bercerita pengalaman aku jadi duta kecil Arab kat KLIA masa practical training hari tu je.


Orang tepi, depan aku dah pandang lain macam kat aku. Apasal, student bidang arab tak boleh mintak kerja ni erk. Ahhhhh psycho semua tu. Peduli apa. Bukan mereka-mereka itu yang nilai aku. Tapi beliau si interviewer.

Jadah.

Mereka-mereka itu datang dari pelbagai bidang. 20 orang semua nya. Diploma. Degree. Master juga. Nursing, engineering, computering, communication broadcasting, administration. Biology Technical. Mathematical. Ahhh kira mantap-mantap jugak la berbanding dengan aku. Graduate oversea pun ada apply kerja ni. Yang sepiking lagi laju gigi dari lidah pun ada. Kecut

Lepas turn aku, turn Fadil pulak. Owhh Fadil budak engineering jugak. Ok fine. Berdoa dia pun di pilih.


************

''Miss bla bla bla and mr. Fadil please coming''- nama aku dan Fadil di panggil ke bilik sebelah. 

''Both of you selected'...macam nak gugur jantung aku. Habis macam mana 18 orang lagi tu. Hampa mungkin.

Alhamdulillah syukur Ya Allah mengiringi perjalanan balik aku ke Bangi.


*aku akan merindui customers nasi lemak aku setiap pagi di flat Cempaka Sari, Seksyen 9, Bangi. Selama sebulan aku jual nasi lemak, kuih kat sini selepas habis praktikal hari tu. Terima kasih atas pembelian kalian.


*Lepas ni kalau tak update blog boleh la bagi alasan kukuh. "Ehh saya sibuk kerja la. Maklum la baru kerja mesti la bizi." - Heh agak-agak raya ni boleh cuti dak. Confirm beraya kat ofiz. Uhuk3



Thursday, July 7

#15 Tips Mendapatkan Buffered Earning Tanpa Post Entry

Oheks3...cukup lah 7 bulan masa untuk aku membaca blog kau orang sampai blog sendiri pun terabai. Kalau wanita mengandung agak nya dah hampir-hampir bersalin dah kan. Ini di kira entry pertama aku lah untuk tahun 2011. Jadah. Hai semua, Happy New Year (?) konon ada orang baca lah blog itu kan.


Minggu lepas konon buka akaun Nuffnang mana la tahu kot-kot Nuffnang baik hati nak bagi ganjaran kat blog aku ni padahal satu entry pun takdak. Mujurlah password sentiasa dalam ingatan. Jadi aku nak show off la sikit BE aku tu. Show off eh? Ngaaaa




Hoyeah, sekali terpampang BE daaa. BE tu maksudnya Buffered Earning ya adik-adik. Mesti lah aku kecoh sebab dapat BE tanpa perlu post entry. Nyahaha. Tu haaaa campaign pun tak melekat walau satu pun. Nampak sangat pengiklan pilih kasih. Tepek iklan kat blog yag selalu update je kannnn. Kau hadoo?? Ngeee. Masa bila jadi Metered pun aku tak tahu la maklum la aku bukan seorang yang materialistik tolong la ambil perhatian wahai pemilik jantina lelaki secara genetik.


Balik temuduga tadi, saja nak tengok earning. Sekali lagi tu haaaa, beratur iklan timbul kat blog aku wei. Bila masa diorang buat barisan pun diluar kesedaran aku. Jujur cakap, hanya aku seorang saja asyik dok bukak blog aku ni. Asal nak menaip, terus idea hilang kesudahnya baik baca blog orang lagi seronok ye dak.





Tuudiaaaa. Pengunjung ribu-riban datang blog aku. Nyahaha. Padahal 12 itu aku saja yang keluar masuk buka draft. So totally, dengan angka 12 tu aku mendapat earning seperti yang tertera di atas. Hik3. Tak lama lagi boleh la tekan butang cashout.  Tidak perlu susah-susah maintain kan traffic semata-mata ingin kan status geli-geli asalkan anda seorang penggeli keberangkalian untuk mendapat status itu amat lah tinggi. Tolong lah percaya (!). Terima kasih abang Nuffnang. Ngeee


Orang kata bila sudah dapat BE ni makin bersemangat nak update. Kalau boleh setiap masa nak kendong desktop tu ke hulur ke hilir. Tapi aku slumber je wat tak tahu. Hik3. Lain orang lain cara nya ye dak.


*Berbuat baiklah sesama kita nescaya akan di beri ganjaran berlipat kali ganda.