Friday, March 30

#23 Rasa itu...


Bismillah...


sesudah selesai tunaikan kewajipan sebagai Muslim, aku mencapai Quran al-Karim sementara menunggu Isyak..habis sepertiga ayat, tiba-tiba handphone yang seharian tidak berbunyi itu menyalakan lampu. Kelihatan tertera Mommy Sayang. 


"Yu, mak ada terjumpa cincin dalam almari baju ni. Sapa punya. Mak nak pakai boleh tak. Cantik la".


Allahu Rabbi, airmata terus bergenang. Kenapa saat hati aku pulih ia datang kembali. Datang membawa kenangan itu. Kenangan lalu. Kenangan yang hampir 5 tahun untuk aku berusaha melupakan ia. Kenangan bersama kamu. 


Dan aku tidak pernah rasa marah sebegini hingga mengalirkan airmata buat sekian kali nya. Marah dengan diri sendiri.


Terlalu banyak kenangan yang kita cipta bersama. Andai di beri keizinan ingin sahaja aku lenyapkan semua nya. Kenangan yang dulu yang pernah membuatkan aku alpa dengan air mata sendiri. Kenangan yang aku terasa seakan tidak mahu meneruskan hidup. Kamu. Ye kamu.


Ketika itu, hanya doa untuk keamanan dan kesejahteraan kamu aku panjatkan. Setiap hari setiap sujudku. Aku hanya memohon untuk kamu. Tapi itu dulu sewaktu aku mula-mula kehilangan kamu. Namun ia beransur pergi meninggalkan arus kematangan aku. 


Aku bertuah. Bertuah di beri peluang sebegini. Alhamdulillah kamu pergi meninggalkan. Meninggalkan aku yang belum bersedia kehilangan kamu. Kerna dengan ketiadaan kamu, aku mampu memiliki hati yang sekental ini. Hati yang keras. Hati yang kering. 


Kini aku hanya berdoa di kuatkan hati, di kentalkan jiwa. Kerna aku. Aku si wanita berhati kering. Yang cuba untuk tidak membasahkan pipi nya. Mengalirkan airmata untuk kamu. 


Dan cincin itu. Bukan cincin tunang mahupun cincin nikah. Ia sekadar cincin. Cincin yang konon nya kamu bagi saya bagi mengingati kamu. Dan itu salah. Baru saya sedar yang selama ini saya alpa dengan kehidupan remaja saya suatu masa dulu.


Kamu kenangan saya. Kenangan yang pasti saya lupakan perlahan demi perlahan. Kenangan 5 tahun lalu. Kenangan yang saya sedaya upaya lupakan untuk hidup yang bahagia bersama bakal pemilik tulang rusuk saya. Kerna saya pasti ALLAH telah siap sedia pelangi untuk saya. Untuk saya, bakal pemilik tulang rusuk dan bakal keturunan saya. Doa kan saya. Tenang lah kamu di sana. 



: '(


Azmil Amir, moga kamu ditempat di kalangan penghuni Syurga. Al-Fatihah.

#hati gua kuat. mesti kuat. yeaahhhh. =p

Monday, March 26

#22 Tidak semudah Mudah.my

Bismillah...


Gua kalau baca mana-mana kenyataan yang berkait rapat dengan pengorbanan automatik mood jadi ke laut.  Laut mana pun gua tak pasti. Yang pasti laut. Ye laut. Laut yang ada air. Jauh di sana kelihatan sang matahari yang merenung ke dalam mata cuba untuk memahami perasaan hati yang di tanggung. Laut yang kelihatan ada penunggu di tepiannya. Laut yang setia menemani sang ombak. Ombak rindu. Laut yang errr cukup la tu Yuyu oiii.


Gua dulu langsung tidak pandai menghargai pengorbanan. Pengorbanan sesiapa sahaja. Gua degil. Gua pemalas. Gua kaki ponteng sekolah. Gua kaki buli junior. Gua kaki gelak. Gua kaki cakap. Gua sekaki payung. Eh memang semua kaki tu gua yang sandang. Tapi gua tidak pernah mengimpikan kaki sesiapa sahaja parking atas muka gua. Tidak sama sekali.


Bila dah melangkah alam usia macam ni kadang-kadang best sangat bila hidup dulu kala banyak memori yang gua cipta. Dan gua hidup penuh dengan kenangan. Sangat bertuah betei. Dan gua bersyukur.




Yer, bukan senang pegang title as a teacher. Dan selain puan Emak dan encik Ayah, gua sangat sanjung pengorbanan cikgu-cikgi gua. Manusia yang berjaya bentuk gua jadi macam sekarang. Kalau gua tahu jadi cikgu ni sangat susah for sure gua tidak akan melawan cakap cikgu. Tapi itu dulu.


Sekarang gua boleh mengiyakan kata-kata di gambar kat atas. Cikgu lah semua nya. Yang best bila cikgu juga jadi pelawak sarkis..Kahkahkah kemain suka betei budak-budak bila gua bercerita. Ingat gua sang kancil la tu kan. 


Tengah syiok gua mengajar tiba-tiba "ustazah, Manuel berak dalam seluar. Cirit sudah dia ni ustazah", kata seorang pelajar gua. Gua kemas buku, angkut segala barang terus berjalan keluar kelas. Konon nya buat-buat tak dengar. Hahaha. Ok gua tak bersedia lagi masa tu.


Bila gua pikul tanggungjawab macam sekarang, gua sebak. Sebak mampu kah gua laksanakan amanat Allah. Ilmu gua tidak banyak. Pemikiran gua tidak luas. Maka gua terfikir, kalau gua terus menerus fikirkan nilai ilmu yang gua ada, gua pasti diketegori manusia tidak bersyukur pada pandangan Allah. Nauzubillah. . Tapi Allah Maha Besar. Dia mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya. 


Ilmu kalau tidak di amalkan akan hilang di telan peredaran masa. Dan gua rasa jadi pendidik adalah yang terbaik. What you give you get back. That quotation yang gua pegang dari dulu. Kalau gua simpan ilmu gua, pasti ia hanya setakat itu. Gua sayang ilmu gua. Kerna ia juga semulia peninggalan Rasulullah.


Gua inginkan yang terbaik untuk agama Islam. Untuk agama gua sendiri. Moga Allah permudahkan segalanya.


If i`m decide to change life of people, Allah will test us with something harder. So, if i`m  facing very difficult moment, it's because, success was mine. Amin.



#semoga lu makin sabar lepas ni Yuyu. Jangan nak hempuk kepala budak sangat lah. Kalau depa pandai, depa dah ambil PhD kot. Tapi depa masih sekolah rendah kan. So, sabar dan ikhlas adalah sebaik-baik sifir yang lu boleh guna tau Yuyu. =)

Friday, March 23

#21 Pelangi petang. Ewah.

Bismillah...



Mula-mula syiok la kan mengomen sana sini. Retiss la katanya. Lepas tu laptop gua takde bateri terus terpadam katanya. Bukak balik benda ni terus jadi macam ni. Gua pun tidak mengerti. Betei tidak mengerti.  Amboi facebook ni dengan gua pun nak manja-manja. Cukup la twitter yang mengada limit tweet gua. Jumpa lagi 20jam 27 minit dari sekarang semua. Siapa rindu gua sila mengaku. Confirm takde yang mengaku. Ego lagi ego. Kehkehkeh. =..=


********************


Puan Emak gua selalu pesan dari gua sekolah menengah sampai sekarang. Mulut seorang ibu mana mengerti erti penat dalam memberi pesanan untuk anak-anak beliau kan. Gua pun kadang-kadang pelik. Tapi bila mempunyai anak *murid sendiri gua makin memahami perasaan itu. Aceceh sweet juga gua kadang-kadang.


Pesan mak gua....


"Walau kemana kaki melangkah sekali pun, solat jangan tinggal. Selalu pakai pakaian menutup aurat nanti senang nak solat. Tapayah kalut cari telekung sembahyang. Ingat tu!!!", kata Puan Emak gua ke gua.

Bagi yang telah kehilangan permata hati kita mari lah kita sedekah sebanyak yang mungkin ayat suci al-Quran kerana hanya itu cara kita menolong mereka di sana. Allah kan lebih sayang kan mereka. Kamu manusia yang sangat bertuah sebenarnya kerana di beri ujian yang maha hebat dariNya.


Dan Ayah....


Ayah, seseorang yang selalu mencintai kita dalam diam, seseorang yang paling memahami saat manusia lain tidak mengerti akan kita. Kadang Ayah yang bersuara keras saat ia marah tetapi sebenarnya ia miliki hati yang lembut. Kan.

Dan ibu, terima kasih untuk kasih dan cinta yang tidak pernah hilang dari semesta. Inilah anugerah terindah yang selalu kita dapat namun terkadang kita tidak menyedarinya, "kasih sayang Ibu".

Gua pernah dengar satu pesanan ustaz dalam televisyen "kamu anak-anak walau berada berasingan dengan mak ayah bukan bermakna kamu tidak mampu melakukan dosa. Kamu tidak menelefon bertanya khabar mereka sehingga kan kamu mendapat panggilan dari mereka, maka berdosa la kamu". Senangkan. Nauzubillah.


Dan gua percaya sangat-sangat setiap manusia yang mempunyai ibu dan bapa pasti ada pesanan yang angpa ingat dan pegang sampai sekarang. Kan. Bagus dan tahniah untuk angpa.



#setiap hari rindu mereka. Allahu Rabbi. =)

Thursday, March 22

#20 We are here because of You, Allah.

Bismillah...


Kalau ada sumur di ladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
moga kita jumpa lagi. 

Errr gua bab-bab mukaddimah memang selalu gagal. Tak tahu nak letak macam mana jadi elok juga kalau letak pantun ye dak. Gua pun pesen malas hendak membebel panjang-panjang, dijadikan cerita tempoh hari gua ada join geng blogger bergathering. Semangat punya pasal gua sanggup terbang dari kota London ke Kuala Lumpur semata-mata mahu jumpa dengan angpa. Terharu dak semua. Tu ha besen hijau tepi dinding. =..=


Terbaik la kan buat dekat Times Square. London gua tak pernah lagi jumpa. :p



Depa semua kemain merendah diri. Tak perlu kan kerusi mahal janji boleh berkumpul. Bersila pomboley.





Anggap kita berada di Phuket. Waaa nyaman sungguh udara hari ini.


Hari kejadian juga kami ada celebrate ahli group yang punya birthday bulan March. Termasuk gua juga. Terima kasih semua. Siap menyanyi sampai terketar-ketar semua. Semangat katanya.


Semangat Penyu bawa dari Perak.


Comel gambar depa kan. Gua yang tukang ambil harus la comel belaka. Hiks.

Ouchh Penyu ada kamera PINK. Kau hado?


Muka gua sekali lagi takde. Gua kan fotographer. Ouchh.

Adik yang siang malam call gua semata-mata tanya nak pakai baju apa, tudung apa, kasut apa. Jenuh gua nak layan. Auww boleh bukak butik pengantin dah gua ni.



Duduk jauh-jauh. Halal nanti baru boleh duduk dekat-dekat. Sejuk perut mak mengandungkan angpa. Alhamdulillah.


Time bergambar semua gua takde sebab gua tukang ambil gambar. Wewiit mahir nya gua. Kan.

Bab makan tak perlu menoleh kiri kanan. Kan.

Aummm sesuai. Kot. Comel-comel semuanya. Kot.


Semua sudah jadi ibu. Jadi jangan berangan mahu mengorat depa ya. Tak baik :D

Semua nya sudah jadi bapa. Alhamdulillah. Jadi ayah yang baik semua. Kahkahkah.

Bakal pemimpin. InsyaALLAH. Comel-comel depa semua.


Tirah, nevermind!!!. Itu guna nya longkang. Boleh juga masukkan bola. Kehkehkeh.


Tidak mengapa Mankete. Kemana jatuhnya bola kalau tidak ke longkang. ekeke :)


Sekali lagi gua takde. Gua tukang ambil gambar. Ambil gambar dari laman muka buku. Lalala ;p



Because of who we are?






And we are...................................



Kenapa tak femes? Sebab nya tak femes la. Yeayyy


Para admin yang gagah perkasa. Tahniah alls.



Jadi, selesai sudah gathering Geng Blogger Sengal buat pertama kali nya. Gua happy betei-betei dapat jumpa semua orang.  Tapi ramai yang tidak perasan gua hadir hari tu sebenarnya. Gua hairan. Sebenarnya gua ada. Gua ada. Ada dekat sini.

=

=

=

=

=

=

=


auww nervous nya.

=

=

=

=

=

=

sikit lagi

=

=

=

ouchh

=

=

=

=

=

=

=



tadaaaaaa

=

=

=

=

Ada sesiapa rindu gua tak? Takde. Ok fine.


Gua sayang semua. Semoga satu hari nanti kita dapat bersembang semeja. Kalian memang terbaik. Makin ramai kawan, makin banyak doa yang kita perlu panjatkan. Semata untuk kesejahteraan dan kebahagian kawan.


Kita dipertemukan kerana atas kehendak Yang Maha Esa. Dia yang tentukan. Kita bukan siapa-siapa untuk menolak takdirNya. Jadi bersyukur la sahabat kita dipertemukan. Semoga ukhwah yang di bina mendapat keberkatan dari Dia. Itu yang diharapkan. Amin.



#sila rindu gua semua. Heppp.