Thursday, March 25

#1 Roti canai VS 'Ketupat'

Wahhh!!! Tengok saja tajuk di atas tu buat aku berada dalam zon bahaya. Manakan tidak, mesti ada orang tidak puas hati dengan aku terutama kaum sejenis ku kan dan juga para penggemar roti canai. Sabar ya puan-puan, makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang dan sebagainya. Aku di sini bukan mahu tunding jari kepada sesiapa pun. Situasi ini pun terjadi pada diri aku juga. Tapi kalau ada yang terasa hati tu aku x boleh buat apa lah.

Asal cakap je pasal mengumpat mesti di kepala kalian tergambar raup wajah wanita kan. Kenapa raup wajah lelaki tidak muncul? Adakah lelaki tidak mengumpat dalam hidup mereka?  Lu pikir la sendiri...huhu

Mengumpat? Ermmm best sangat ke?
Best lagi roti canai yang dijual dekat kafetaria Quran Sunnah kan.
Bang, roti canai 1.
Siap!!!
                                                    Rm 0.80

Tapi kenapa kita masih, terus dan bakal mengumpat lagi. 
Kadang-kadang orang menggunakan bahasa yang lagi lembut dari mengumpat antaranya bergosip ataupun mengambil berat.
Padahal wajhu syabah nya tetap sama.

Anda tahu x apa itu mengumpat? 
Mesti tahu kan.

Pada pandangan peribadi aku, mengumpat ialah mencela atau memperkatakan keburukan orang lain antaranya kawan-kawan, cikgu-cikgi, orang yang lalu lalang atau apa sahaja yang ada atas bumi Allah ni lah dengan menggunakan  perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain baik kepada perkara yang benar apa lagi perkara yang di reka semata-mata. (kalau salah tolong betulkan:-) )

Sebenarnya kalau kita lihat, mengumpat nie terjadi baik dirumah, ditempat orang kawin,dipejabat @ dimana mana saja selagi kita ada lawan untuk berbicara. 


Mengapa kita suka mengumpat?

Kadang-kadang kita mengumpat ini secara tidak sengaja, bagi kita sekadar mengatakan, " Eh Siti, tadi aku jumpa Hani, bukan main lagi dia. pakai baju ketat betul, tak sesuai langsung dengan badan dia yang gempal tu," bagi kita perkataan ini sekadar untuk memberi gambaran tentang keadaan Hani pada hari itu, tapi sebenarnya kata-kata ini sudah termasuk dalam katogeri mengumpat. Memang susah kan?

Di rawikan bahawa perempuan pendek datang kepada Rasulullah SAW untuk satu keperluan. Setelah dia keluar, Aisyah berkata, "Wah pendeknya dia." Segera Rasulullah SAW berkata, "Engkau telah mengumpat wahai Aisyah.

Agaknya berapa ramai yang menjadi mangsa umpatan kita sepanjang kita hidup.    
Entah berapa ramai orang yang kita kena cari untuk minta maaf. Rasanya tak tercari, lagi dahsyat kalau yang telah meninggal dunia ... lalu bagaimana ?

Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya nescaya tumbuh sebahagiannya.

Ada kalanya kita manusia, memang tidak boleh lari sepenuh nya dari nak mengata, menegur atau lebih dikenali dengan perkataan mengumpat..

Sekiranya satu teguran yang membina tu mungkin x salah kan?




* what u did, u get back
bila kita mengumpat, kita akan di umpat balik.