Bismillah...
sesudah selesai tunaikan kewajipan sebagai Muslim, aku mencapai Quran al-Karim sementara menunggu Isyak..habis sepertiga ayat, tiba-tiba handphone yang seharian tidak berbunyi itu menyalakan lampu. Kelihatan tertera Mommy Sayang.
"Yu, mak ada terjumpa cincin dalam almari baju ni. Sapa punya. Mak nak pakai boleh tak. Cantik la".
Allahu Rabbi, airmata terus bergenang. Kenapa saat hati aku pulih ia datang kembali. Datang membawa kenangan itu. Kenangan lalu. Kenangan yang hampir 5 tahun untuk aku berusaha melupakan ia. Kenangan bersama kamu.
Dan aku tidak pernah rasa marah sebegini hingga mengalirkan airmata buat sekian kali nya. Marah dengan diri sendiri.
Terlalu banyak kenangan yang kita cipta bersama. Andai di beri keizinan ingin sahaja aku lenyapkan semua nya. Kenangan yang dulu yang pernah membuatkan aku alpa dengan air mata sendiri. Kenangan yang aku terasa seakan tidak mahu meneruskan hidup. Kamu. Ye kamu.
Ketika itu, hanya doa untuk keamanan dan kesejahteraan kamu aku panjatkan. Setiap hari setiap sujudku. Aku hanya memohon untuk kamu. Tapi itu dulu sewaktu aku mula-mula kehilangan kamu. Namun ia beransur pergi meninggalkan arus kematangan aku.
Aku bertuah. Bertuah di beri peluang sebegini. Alhamdulillah kamu pergi meninggalkan. Meninggalkan aku yang belum bersedia kehilangan kamu. Kerna dengan ketiadaan kamu, aku mampu memiliki hati yang sekental ini. Hati yang keras. Hati yang kering.
Kini aku hanya berdoa di kuatkan hati, di kentalkan jiwa. Kerna aku. Aku si wanita berhati kering. Yang cuba untuk tidak membasahkan pipi nya. Mengalirkan airmata untuk kamu.
Dan cincin itu. Bukan cincin tunang mahupun cincin nikah. Ia sekadar cincin. Cincin yang konon nya kamu bagi saya bagi mengingati kamu. Dan itu salah. Baru saya sedar yang selama ini saya alpa dengan kehidupan remaja saya suatu masa dulu.
Kamu kenangan saya. Kenangan yang pasti saya lupakan perlahan demi perlahan. Kenangan 5 tahun lalu. Kenangan yang saya sedaya upaya lupakan untuk hidup yang bahagia bersama bakal pemilik tulang rusuk saya. Kerna saya pasti ALLAH telah siap sedia pelangi untuk saya. Untuk saya, bakal pemilik tulang rusuk dan bakal keturunan saya. Doa kan saya. Tenang lah kamu di sana.
![]() |
: '( |
Azmil Amir, moga kamu ditempat di kalangan penghuni Syurga. Al-Fatihah.
#hati gua kuat. mesti kuat. yeaahhhh. =p