Saturday, March 30

#27 Untuk Awak

Bismillahirrahmanirrahim


Ini untuk awak. Ya untuk awak. Sahabat saya. Maybe? Atau adakah saya sepatutnya guna ex-sahabat. Mungkin.

Hampir dua tahun saya berjanji untuk buat entry khas untuk awak. Sejak first gathering Geng Blogger Sengal. Tapi saya pemalas. Malas taip panjang-panjang. Pendek tapi ada makna. Dan banyak update status fesbuk saya, saya tuju ke awak. Walau awak LIKE tanpa sedar. Saya minta maaf.

Apa yang terjadi antara kita? Itu yang saya tak faham. Walau kerap kali saya fikir. Kusut.

Mungkin ianya hanya masalah kecil. Kecil sesangat. Tapi kesan dia besar bukan? Awak sedar itu. 


Anak perempuan syurganya ada pada ibunya selagi mana dia belum berkahwin. Jika berkahwin, maka syurganya adalah pada suaminya. Awak tahu kan. Dan apa yang telah saya buat sampai buat awak "sentap" itu semata ikut kata mak saya. Awak sahabat saya (masa tu) mesti awak nak sangat saya ikut kata mak kan. Saya sanggup kehilangan seorang sahabat saya semata ikut kata mak saya. Saya sanggup awak. Saya minta maaf. :')

Terlalu banyak sangat soalan saya nak tanya. Tapi langsung tidak terluah. Mungkin ia akan hilang kelamaan nanti.

Dengan izin Allah.

video


Saya tahu awak sedang sakit. Kecewa dengan pengalaman lepas. Sampai rasa takde gunanya awak hidup lagi. Saya faham perasaan awak. Sedih bila dengar cerita awak. Tapi kalau awak sedih, saya juga turut sedih itu tak sepatutnya berlaku. Saya cuba untuk jadi happy. Walau awak selalu marah sebab saya selalu "hahaha". Subhanallah maha suci Allah. 

Tapi saya nak awak kuat. Kuat melawan perasaan sendiri. Kuat untuk membina semangat hidup awak kembali. Kuat untuk siapa? Bukan untuk saya. Tapi untuk dia. Dia yang telah kembali kepada sang Pencipta yang Maha Esa. Saya nak tengok awak ada kehidupan sendiri. Saya nak tengok awak happy suatu hari nanti. Dan saya yakin, "suatu hari nanti" itu pasti wujud. Untuk awak. Subhanallah. Rahsia Allah, tiada manusia pun yang tahu,

Saya nak awak positif. Apa sahaja rasa awak, please fikir positif. Awak tahu kan saya tak suka awak fikir negatif. 

Saya doakan yang terbaik untuk awak. Andai ada rezeki lagi, insyaAllah kita bersahabat semula. Its up to you. =)

Alhamdulillah. Walau awak tak bersahabat dengan saya lagi di dunia, dengan lapang dadanya saya doa kan awak bertemu seberapa ramai orang yang boleh jadi sahabat awak. Seberapa ramai. Terima kasih awak. Terima kasih untuk segalanya.

"Walau mata tidak bertemu, biar doa yang menyatu"

Kita bersahabat kerana Allah. Kita berpisah kerana Allah. Lillahi Taala.


Awak, pemetik gitar itu. Saya tak mampu jadi kawan yang terbaik. Saya minta maaf. Dunia akhirat saya.


Saya tak marah.

20 comments:

  1. awak curang kah dengan saya bang yuyu? sobs. saya tak sangka saya tak sangka.. *jiwang jugak bang yuyu nie eh.. kemain pemetik gitar tu siapa pulak? jeng3

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada saya curang dengan awak bameda. saya masih setia lagi ni haa. wakaka


      gua rockers lah bam. mana layan jejiwang. tak nampak tu gua sedang petik gitar. mihmih

      Delete
  2. Assalam...kenapa nie dek...i lend u my shoulder...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam. heee. terima kasih bang assoy. i know u are full with experience :)

      Delete
  3. YUyu..sedihnya baca entry ini.. sampai putus kawan plak tu??awatnya.. azwa bukak entry blogger sengal tu..tapi yg mana satukah yuyu??hehe... n teman yang dalam entry ini juga seorang blogger ke?? :) sorry terlebih menyibuk plak.. :P

    ReplyDelete
  4. awak...touching nye bait bait kata awk nie..huhu

    ReplyDelete
  5. "Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…"

    ReplyDelete
  6. baru keluar entry? :) hmm nak kata apa ye?banglong tetap support adik2 banglong walaupun jauh korang setiap sorang tetap rasa dekat di sisi banglong

    ReplyDelete
    Replies
    1. banglong abang fesbuk yang baik. terima kasih banglong.


      *terharu :)

      Delete
  7. Replies
    1. nothing samting special lah adik. mohon jangan risau okey. :D

      Delete
  8. hmm xleh ckp pepe.. sebak.. sebak sebak.. :( tetiba emo

    ReplyDelete
  9. biar berjauhan...doakan kan dirinya........ itulah pengorbahan sebuah perpisahan......

    ReplyDelete
  10. sangat-sangat paham dengan entry ini... jalan cerita dan lagu amat menyedihkan... moga cik Yuyu dan beliau terus tabah...

    ReplyDelete