Saturday, April 6

#28 Makcik

Bismillahirrahmanirrahim.


Tetiba minda teringat empunya wajah tua itu. Wajah tua berkedut yang duduk disebelah gua. Sedang gua mengadap buku Nahu Soraf  kesayangan gua sambil kepala dan badan ke sana ke sini mengikut harus bas yang  bawak gua ketika itu.

"Adik, paham ke baca tu. Dah la bahasa arab, takde baris pulak tu", kata empunya wajah tua sebelah gua.

Gua senyum. Tak sangka dia bersuara sebab tadi gua nampak macam sedang tidur.

"Hmm alhamdulillah makcik. Boleh la sikit-sikit," jawab gua. Senyum ke dia.

"Untung nya adik belajar tinggi. Adik ambik bahagian apa? Belajar kat mana?"

"Saya biasa-biasa je acik. Belajar pun gitu-gitu je. Saya ambik bahasa arab komunikasi wartawan". Kata gua.

Gua pandang mata dia dalam-dalam masa tu. Sebak. Tak tahu kenapa.

"Adik, makcik nak mintak doa boleh tak? Anak makcik semua degil-degil. Makcik tak tahu nak buat apa dah. Semua tengah belajar. Makcik nak anak makcik berjaya macam adik"

Dia tunduk. Mata gua dah lain macam.

"Acik, saya pun jahil lagi. Saya bukan alim makcik. Saya baca doa biasa-biasa saja. Doa harian. Saya pun segan nak bagitahu acik.........."

Belum gua habiskan ayat, makcik tu dah peluk lengan gua. Tergamam gua. Rasa nak peluk je dia.

Walau gua  belum ada anak tapi gua dapat rasakan betapa dia berharap sangat anak-anaknya jadi anak berguna. Dan dia berharap sangat gua kasi doa-doa yang dia mintak.

Gua dah terfikir-fikir, gua takde bawak kertas atau buku conteng masa tu. Macam mana gua nak tulis.

Gua selak helaian buku Nahu Soraf gua helaian terakhir. Ada helaian kosong. Alhamdulillah. Walau gua sayang teramat buku tu, gua koyak kan aje. Belasah je lah janji tak tulis kat tisu ye dak.

Makcik tu terus mengadu. Bercerita perihal hati seorang ibu. MasyaAllah. Terima kasih makcik.

Sesambil dia bercerita, otak gua ligat fikirkan doa yang gua amalkan setiap hari. Tangan laju menulis.

"Adik, letakkan sekali baris ya. Nanti senang makcik terangkan dekat anak makcik". Celah dia.

"Ya acik".

20 minit berlalu.

"Acik, yang ni baca lepas solat. bla bla bla. Yang ni pulak baca sebelum belajar bla bla.....", terang gua sedikit.

"Dan ini. Ini untuk acik. Acik baca lah masa anak-anak acik tidur. Baca dan tiup kan di ubun kepala mereka. InsyaAllah. Kita usaha, yang lain kita tawakkal pada Allah. Doa ibu subhanallah tiada hijabnya". Gua tenung dia.

Gua paling pantang bercakap pasal ibu. Lajuuuuu airmata mengalir.

Tetiba...

Tangan gua di letakkan sesuatu.

"Adik, ambik lah duit ni. Buat belanja. Ini sedekah makcik pada adik".

"Acik, saya bukan nak duit acik. Saya bantu sekadar keupayaan saya saja. Acik simpan lah untuk acik sekeluarga".

Gua serba salah. Gua menolak tangannya yang sedang genggam tangan gua kemas. Gua taknak ambil. Memandang wajah tua yang dah menyentapkan hati gua ketika itu, baju yang lusuh, duit hanya di sumbat dalam plastik. Mana mungkin gua nak ambik. Ya Allah. T__T

"Ambik lah adik".

Nak taknak, gua ambik.

"Tapi acik, saya ambik separuh, separuh lagi acik simpan lah. Acik gantikan dengan doa acik. Acik berdoalah untuk saya. Jadi perempuan yang baik, dapat kerja yang baik untuk agama Islam kita, tetapkan hati saya untuk sujud pada Allah. Itu je acik. Boleh ke acik."

Tetiba dia peluk gua.

Gua kelu.

Haihh.

"Ya Allah, kau permudahkanlah jalan untuk makcik ini miliki anak-anak yang mampu menemaninya di syurgaMu kelak. Kau makbulkanlah segala doa nya untuk anaknya. Kau berkatilah usaha makcik ini. Kau murahkanlah rezeki makcik ini". kata gua dalam hati.

Lima tahun berlalu. Gua masih terkenangkan makcik itu sampai sekarang.

Berdoa segala doa yang gua minta dia doakan moga Allah makbulkan. Ameeennn ya Rabb.

24 comments:

  1. Penat menelaah cerita yuyu yang wa lu ini!! hahah..

    Moga doa makcik itu dimakbulkan.. Amin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..mohon jangan semput sudah. kihkih.

      Delete
  2. lala pun dah rasa nak nangis baca entry ni kak :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. haippp..tahan sikit ayaq mata lalal tu naaa :)

      Delete
  3. Nahu jadi buku kesayangan.Tensen gua.



    Semoga makcik tu..doa baik dia Allah maqbulkan....Ameen.

    ReplyDelete
  4. lu bt air mata wa gugur arr,....aishhh hilang seri,...kah2
    semoga kita semua sentiasa diberkati Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon mandi awal sikit baru seri tu kekal selamaya. bhahaha :p

      Delete
    2. wa mandi sebelum subuh lg tau,...hahaha

      Delete
    3. ini gua syak penipuan abadi ni. kahkahkah :p

      Delete
    4. kah3,...adabi menyelerakan,..eh tetiba,..haha

      Delete
  5. gua rasa macam baca buku teks.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhh pedihnya komen ni. kahkahkah :p

      Delete
  6. Dekat part lepas lima tahun berlalu tu wa ingat ... ada jodoh di situ ... kekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon masuk minang cepat, takut jodoh lari. bhahaha :p

      Delete
    2. Ni soalan ke cadangan .... kekekek :P

      Delete
    3. ni nak mintak luku free ke cemana ni? kuikui :p

      Delete
  7. aminnnn..
    terasa sebak plak..
    uhuk3

    ReplyDelete
  8. amin...semoga apa yg yuyu berikan ..... memberi sinar harapan utk makchik tu... kita cuma beri sedikit...tak mustahil dgn izin nya.... akan berlimpahan rahmatnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. amennnnn..heharap macam tu lah. insyaAllah.


      terima kasih kawan :)

      Delete
  9. bertuah kamu dpt jumpa org mcni.. bkn smua dpt jumpa org2 mcm makcik ni... logiknya dia seorg makcik... tp secara rohaninya dia didatangkan oleh Allah utk btemu dgn kamu...
    ada jumpa dia lg tak slps tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sangat...makcik tu banyak mengajar dalam tak sedar.


      setakat ni belum lagi jumpa dia. mungkin anak2 beliau dah berjaya berkat usaha dia. moga dia dipanjangkan umur. thanks awak :)

      Delete