Alhamdulillah.
Banglong gua dah besar. Yeayy. Lepas ni tak boleh bahasakan kau-aku dah. Kena hormat. Sebab banglong dah jadi suami orang. Tapi kalau tersasul berkau-aku itu mungkin terlalu eksaited bersembang. Take time la kan. Mungkin. Tak lama lagi jadi ayah pula. Kena panggil papa mungkin. Aminnn. Kihkih.
Banglong gua yang seorang ni dah selamat. Selamat dengan ikatan yang sah. Selamat Pengantin Baru banglong. Semoga cinta kalian membawa ke Syurga Allah. Dan pasangan kembar menanti banglong nanti. Allahumma Aminn. Banglong-banglong GBS gua yang lain bila lagi ni? :D
Tanda tanya. Nampak tak kakak ipar gua tenung apa? Ya betul. Satu tupperware bahulu. |
Actually, ini bukan banglong satu kandungan rahim dengan gua. Bukan. Tapi kami bersaudara. Saudara seIslam. Dan belum pernah bersua muka. InsyaAllah suatu hari nanti. Maklum lah kekangan masa. Masa sentiasa mencemburui gua gitew. Hacewah. Hikhokhikhok *gelak badak.
Antara kekawan gua yang pergi katanya. Tahniah yang pergi. Yang tak pergi bukan alasan untuk kita tidak mendoakan kebahagian orang lain ya kekawan. InsyaAllah.
Bila nak jumpa gua? Eh bila gua nak jumpa angpa ni? :D |
Lanjutan dari entry gua yang ini, insyaAllah sampai ke hari kematian ukhwah fillah itu dapat dipupuk. Dan, kawan-kawan juga lah yang akan sedekahkan kita ayat suci di saat kematian kita nanti. InsyaAllah. Tidak dapat bertemu di dunia, cukup lah kita bertemu di akhirat sana. Tapi kalau di izinkan kita bersua di dunia membawa ke akhirat Subhanallah lagi beruntung. Doa kuat-kuat tau semua. Sesungguhnya kawan yang baik, yang sentiasa berdoa kebahagian kawan nya sendiri.
Setiap wanita merindukan seorang lelaki untuk berkongsi kebahagiaan dan kedukaan dalam jiwanya. Begitu juga seorang lelaki dahagakan belaian kasih sayang seorang wanita untuk melengkapi hidupnya. Tanpa salah satu, pincanglah dan tidak sempurnalah hidup sebagai seorang manusia.
Pernikahan dalam Islam adalah ibadah. Oleh itu setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami dan isteri diberi ganjaran pahala. Walaupun hanyalah memegang dan membelai tangan pasangan kita sudah berguguran dosa-dosa jatuh daripada celahan jari jemari. Meraung kesedihan seluruh keturunan syaitan. Melihat hubungan halal itu. Subhanallah hebatnya dan mudahnya bagi pasangan yang telah berkahwin. Bebas daripada belenggu dosa. Subhanallah. Sweetnya Allah.
Gua bila ek? Insya-Allah akan menyusul. Sebab gua dan kita semua yakin dengan amat sangat bahawa setiap yang Allah jadikan di dunia ini, samada yang kita tahu kewujudannya, dan yang kita tidak tahu adalah dicipta secara berpasang-pasangan. Dan pasangan kita telah ditetapkan sejak di Luh Mahfuz lagi. Namun andai tidak dapat bersatu di mukabumi Allah, insyaAllah akan berjumpa di alam sana. Kan dah cakap, Allah itu teramat lah sweet. Telah menyediakan segalanya untuk kita. HambaNya. Persiapkan diri. Mahmudahkan diri sahabat.
Jangan pernah berharap untuk mendapatkan imam jika kita sendiri tidak berusaha mempersiapkan diri sendiri ke arah menjadi makmum yang baik. Begitu juga buat awak, kaum lelaki. Kerna kita tahu, what you give you get back.
Dan gua yakin, pasangan kita sedang berusaha mencari kita sekarang. Telah ketemu mungkin. Insya-Allah. Mungkin itulah fitrah semulajadi yang menggerakkan para makhluk-Nya supaya sentiasa merindukan pasangan hidup yang berlainan jenis dan akan merasainya saat mereka bertemu. Suatu saat nanti. Seperti tarikan besi kepada magnet. Subhanallah hebatnya ciptaan Allah yang menciptakan naluri sebagai penentu siapa pasangannya.
>><<
>><<
>><<
>><<
GAMBAR BELIAU TELAH DI DELETE DUA TIGA HARI YANG LALU. HARAP MAKLONG. mihmih.
#Jangan pernah berhenti mendoakan kebahagiaan saudara kita. Kita mendoakan orang lain, seluruh pelusuk isi alam mendoakan kebahagiaan kita. Sekian.