Monday, March 26

#22 Tidak semudah Mudah.my

Bismillah...


Gua kalau baca mana-mana kenyataan yang berkait rapat dengan pengorbanan automatik mood jadi ke laut.  Laut mana pun gua tak pasti. Yang pasti laut. Ye laut. Laut yang ada air. Jauh di sana kelihatan sang matahari yang merenung ke dalam mata cuba untuk memahami perasaan hati yang di tanggung. Laut yang kelihatan ada penunggu di tepiannya. Laut yang setia menemani sang ombak. Ombak rindu. Laut yang errr cukup la tu Yuyu oiii.


Gua dulu langsung tidak pandai menghargai pengorbanan. Pengorbanan sesiapa sahaja. Gua degil. Gua pemalas. Gua kaki ponteng sekolah. Gua kaki buli junior. Gua kaki gelak. Gua kaki cakap. Gua sekaki payung. Eh memang semua kaki tu gua yang sandang. Tapi gua tidak pernah mengimpikan kaki sesiapa sahaja parking atas muka gua. Tidak sama sekali.


Bila dah melangkah alam usia macam ni kadang-kadang best sangat bila hidup dulu kala banyak memori yang gua cipta. Dan gua hidup penuh dengan kenangan. Sangat bertuah betei. Dan gua bersyukur.




Yer, bukan senang pegang title as a teacher. Dan selain puan Emak dan encik Ayah, gua sangat sanjung pengorbanan cikgu-cikgi gua. Manusia yang berjaya bentuk gua jadi macam sekarang. Kalau gua tahu jadi cikgu ni sangat susah for sure gua tidak akan melawan cakap cikgu. Tapi itu dulu.


Sekarang gua boleh mengiyakan kata-kata di gambar kat atas. Cikgu lah semua nya. Yang best bila cikgu juga jadi pelawak sarkis..Kahkahkah kemain suka betei budak-budak bila gua bercerita. Ingat gua sang kancil la tu kan. 


Tengah syiok gua mengajar tiba-tiba "ustazah, Manuel berak dalam seluar. Cirit sudah dia ni ustazah", kata seorang pelajar gua. Gua kemas buku, angkut segala barang terus berjalan keluar kelas. Konon nya buat-buat tak dengar. Hahaha. Ok gua tak bersedia lagi masa tu.


Bila gua pikul tanggungjawab macam sekarang, gua sebak. Sebak mampu kah gua laksanakan amanat Allah. Ilmu gua tidak banyak. Pemikiran gua tidak luas. Maka gua terfikir, kalau gua terus menerus fikirkan nilai ilmu yang gua ada, gua pasti diketegori manusia tidak bersyukur pada pandangan Allah. Nauzubillah. . Tapi Allah Maha Besar. Dia mengetahui mana yang terbaik untuk hambaNya. 


Ilmu kalau tidak di amalkan akan hilang di telan peredaran masa. Dan gua rasa jadi pendidik adalah yang terbaik. What you give you get back. That quotation yang gua pegang dari dulu. Kalau gua simpan ilmu gua, pasti ia hanya setakat itu. Gua sayang ilmu gua. Kerna ia juga semulia peninggalan Rasulullah.


Gua inginkan yang terbaik untuk agama Islam. Untuk agama gua sendiri. Moga Allah permudahkan segalanya.


If i`m decide to change life of people, Allah will test us with something harder. So, if i`m  facing very difficult moment, it's because, success was mine. Amin.



#semoga lu makin sabar lepas ni Yuyu. Jangan nak hempuk kepala budak sangat lah. Kalau depa pandai, depa dah ambil PhD kot. Tapi depa masih sekolah rendah kan. So, sabar dan ikhlas adalah sebaik-baik sifir yang lu boleh guna tau Yuyu. =)

14 comments:

  1. percaya pada diri...good luck yuyu ^___^

    ReplyDelete
  2. Saya yg kata jd Cikgu senang..ajar adik sedara wa senanggg je. kekekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung laaa ada adik sedara kan..kakakaa :p

      Delete
  3. baca entry ni teringat student mas..rindu pulak kat mereka smua.tapi parents mereka still keep in touch w/p mas dh berhnti mgajar .

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..at least parent dorang still ingat lagi kat cikgu2 yang ajor anak depa kan..:)

      Delete
  4. Replies
    1. err..insyaALLAH akan mudah dengan pertolonganNya :)

      Delete
  5. Kita du beri susah itu utk senang ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss kawan. Allah sebaik2 perancang kan :)

      Delete
  6. Replies
    1. muhong bersabar okey. jangan typo lagi. jangan gelojoh time menaip tu. kehkeh

      Delete