Saturday, March 30

#27 Untuk Awak

Bismillahirrahmanirrahim


Ini untuk awak. Ya untuk awak. Sahabat saya. Maybe? Atau adakah saya sepatutnya guna ex-sahabat. Mungkin.

Hampir dua tahun saya berjanji untuk buat entry khas untuk awak. Sejak first gathering Geng Blogger Sengal. Tapi saya pemalas. Malas taip panjang-panjang. Pendek tapi ada makna. Dan banyak update status fesbuk saya, saya tuju ke awak. Walau awak LIKE tanpa sedar. Saya minta maaf.

Apa yang terjadi antara kita? Itu yang saya tak faham. Walau kerap kali saya fikir. Kusut.

Mungkin ianya hanya masalah kecil. Kecil sesangat. Tapi kesan dia besar bukan? Awak sedar itu. 


Anak perempuan syurganya ada pada ibunya selagi mana dia belum berkahwin. Jika berkahwin, maka syurganya adalah pada suaminya. Awak tahu kan. Dan apa yang telah saya buat sampai buat awak "sentap" itu semata ikut kata mak saya. Awak sahabat saya (masa tu) mesti awak nak sangat saya ikut kata mak kan. Saya sanggup kehilangan seorang sahabat saya semata ikut kata mak saya. Saya sanggup awak. Saya minta maaf. :')

Terlalu banyak sangat soalan saya nak tanya. Tapi langsung tidak terluah. Mungkin ia akan hilang kelamaan nanti.

Dengan izin Allah.



Saya tahu awak sedang sakit. Kecewa dengan pengalaman lepas. Sampai rasa takde gunanya awak hidup lagi. Saya faham perasaan awak. Sedih bila dengar cerita awak. Tapi kalau awak sedih, saya juga turut sedih itu tak sepatutnya berlaku. Saya cuba untuk jadi happy. Walau awak selalu marah sebab saya selalu "hahaha". Subhanallah maha suci Allah. 

Tapi saya nak awak kuat. Kuat melawan perasaan sendiri. Kuat untuk membina semangat hidup awak kembali. Kuat untuk siapa? Bukan untuk saya. Tapi untuk dia. Dia yang telah kembali kepada sang Pencipta yang Maha Esa. Saya nak tengok awak ada kehidupan sendiri. Saya nak tengok awak happy suatu hari nanti. Dan saya yakin, "suatu hari nanti" itu pasti wujud. Untuk awak. Subhanallah. Rahsia Allah, tiada manusia pun yang tahu,

Saya nak awak positif. Apa sahaja rasa awak, please fikir positif. Awak tahu kan saya tak suka awak fikir negatif. 

Saya doakan yang terbaik untuk awak. Andai ada rezeki lagi, insyaAllah kita bersahabat semula. Its up to you. =)

Alhamdulillah. Walau awak tak bersahabat dengan saya lagi di dunia, dengan lapang dadanya saya doa kan awak bertemu seberapa ramai orang yang boleh jadi sahabat awak. Seberapa ramai. Terima kasih awak. Terima kasih untuk segalanya.

"Walau mata tidak bertemu, biar doa yang menyatu"

Kita bersahabat kerana Allah. Kita berpisah kerana Allah. Lillahi Taala.


Awak, pemetik gitar itu. Saya tak mampu jadi kawan yang terbaik. Saya minta maaf. Dunia akhirat saya.


Saya tak marah.

Thursday, October 11

#26 Perancangan

Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah.

Banglong gua dah besar. Yeayy. Lepas ni tak boleh bahasakan kau-aku dah. Kena hormat. Sebab banglong dah jadi suami orang. Tapi kalau tersasul berkau-aku itu mungkin terlalu eksaited bersembang. Take time la kan. Mungkin. Tak lama lagi jadi ayah pula. Kena panggil papa mungkin. Aminnn. Kihkih.





Banglong gua yang seorang ni dah selamat. Selamat dengan ikatan yang sah. Selamat Pengantin Baru banglong. Semoga cinta kalian membawa ke Syurga Allah. Dan pasangan kembar menanti banglong nanti. Allahumma Aminn. Banglong-banglong GBS gua yang lain bila lagi ni? :D



Tanda tanya. Nampak tak kakak ipar gua tenung apa? Ya betul. Satu tupperware bahulu.



Actually, ini bukan banglong satu kandungan rahim dengan gua. Bukan. Tapi kami bersaudara. Saudara seIslam. Dan belum pernah bersua muka. InsyaAllah suatu hari nanti. Maklum lah kekangan masa. Masa sentiasa mencemburui gua gitew. Hacewah. Hikhokhikhok *gelak badak.





Antara kekawan gua yang pergi katanya. Tahniah yang pergi. Yang tak pergi bukan alasan untuk kita tidak mendoakan kebahagian orang lain ya kekawan. InsyaAllah.




Bila nak jumpa gua? Eh bila gua nak jumpa angpa ni? :D


Lanjutan dari entry gua yang ini, insyaAllah sampai ke hari kematian ukhwah fillah itu dapat dipupuk.  Dan, kawan-kawan juga lah yang akan sedekahkan kita ayat suci di saat kematian kita nanti. InsyaAllah. Tidak dapat bertemu di dunia, cukup lah kita bertemu di akhirat sana. Tapi kalau di izinkan kita bersua di dunia membawa ke akhirat Subhanallah lagi beruntung. Doa kuat-kuat tau semua. Sesungguhnya kawan yang baik, yang sentiasa berdoa kebahagian kawan nya sendiri. 


Setiap wanita merindukan seorang lelaki untuk berkongsi kebahagiaan dan kedukaan dalam jiwanya. Begitu juga seorang lelaki dahagakan belaian kasih sayang seorang wanita untuk melengkapi hidupnya. Tanpa salah satu, pincanglah dan tidak sempurnalah hidup sebagai seorang manusia.


Pernikahan dalam Islam adalah ibadah. Oleh itu setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami dan isteri diberi ganjaran pahala. Walaupun hanyalah memegang dan membelai tangan pasangan kita sudah berguguran dosa-dosa jatuh daripada celahan jari jemari. Meraung kesedihan seluruh keturunan syaitan. Melihat hubungan halal itu. Subhanallah hebatnya dan mudahnya bagi pasangan yang telah berkahwin. Bebas daripada belenggu dosa. Subhanallah. Sweetnya Allah.


Gua bila ek? Insya-Allah akan menyusul. Sebab gua dan kita semua yakin dengan amat sangat bahawa setiap yang Allah jadikan di dunia ini, samada yang kita tahu kewujudannya, dan yang kita tidak tahu adalah dicipta secara berpasang-pasangan. Dan pasangan kita telah ditetapkan sejak di Luh Mahfuz lagi. Namun andai tidak dapat bersatu di mukabumi Allah, insyaAllah akan berjumpa di alam sana. Kan dah cakap, Allah itu teramat lah sweet. Telah menyediakan segalanya untuk kita. HambaNya. Persiapkan diri. Mahmudahkan diri sahabat. 


Jangan pernah berharap untuk mendapatkan imam jika kita sendiri tidak berusaha mempersiapkan diri sendiri ke arah menjadi makmum yang baik. Begitu juga buat awak, kaum lelaki. Kerna kita tahu, what you give you get back.


Dan gua yakin, pasangan kita sedang berusaha mencari kita sekarang. Telah ketemu mungkin. Insya-Allah. Mungkin itulah fitrah semulajadi yang menggerakkan para makhluk-Nya supaya sentiasa merindukan pasangan hidup yang berlainan jenis dan akan merasainya saat mereka bertemu. Suatu saat nanti. Seperti tarikan besi kepada magnet. Subhanallah hebatnya ciptaan Allah yang menciptakan naluri sebagai penentu siapa pasangannya.


>><<









>><<









>><<









>><<











GAMBAR BELIAU TELAH DI DELETE DUA TIGA HARI YANG LALU. HARAP MAKLONG. mihmih.





#Jangan pernah berhenti mendoakan kebahagiaan saudara kita. Kita mendoakan orang lain, seluruh pelusuk isi alam mendoakan kebahagiaan kita. Sekian.