Friday, March 30

#23 Rasa itu...


Bismillah...


sesudah selesai tunaikan kewajipan sebagai Muslim, aku mencapai Quran al-Karim sementara menunggu Isyak..habis sepertiga ayat, tiba-tiba handphone yang seharian tidak berbunyi itu menyalakan lampu. Kelihatan tertera Mommy Sayang. 


"Yu, mak ada terjumpa cincin dalam almari baju ni. Sapa punya. Mak nak pakai boleh tak. Cantik la".


Allahu Rabbi, airmata terus bergenang. Kenapa saat hati aku pulih ia datang kembali. Datang membawa kenangan itu. Kenangan lalu. Kenangan yang hampir 5 tahun untuk aku berusaha melupakan ia. Kenangan bersama kamu. 


Dan aku tidak pernah rasa marah sebegini hingga mengalirkan airmata buat sekian kali nya. Marah dengan diri sendiri.


Terlalu banyak kenangan yang kita cipta bersama. Andai di beri keizinan ingin sahaja aku lenyapkan semua nya. Kenangan yang dulu yang pernah membuatkan aku alpa dengan air mata sendiri. Kenangan yang aku terasa seakan tidak mahu meneruskan hidup. Kamu. Ye kamu.


Ketika itu, hanya doa untuk keamanan dan kesejahteraan kamu aku panjatkan. Setiap hari setiap sujudku. Aku hanya memohon untuk kamu. Tapi itu dulu sewaktu aku mula-mula kehilangan kamu. Namun ia beransur pergi meninggalkan arus kematangan aku. 


Aku bertuah. Bertuah di beri peluang sebegini. Alhamdulillah kamu pergi meninggalkan. Meninggalkan aku yang belum bersedia kehilangan kamu. Kerna dengan ketiadaan kamu, aku mampu memiliki hati yang sekental ini. Hati yang keras. Hati yang kering. 


Kini aku hanya berdoa di kuatkan hati, di kentalkan jiwa. Kerna aku. Aku si wanita berhati kering. Yang cuba untuk tidak membasahkan pipi nya. Mengalirkan airmata untuk kamu. 


Dan cincin itu. Bukan cincin tunang mahupun cincin nikah. Ia sekadar cincin. Cincin yang konon nya kamu bagi saya bagi mengingati kamu. Dan itu salah. Baru saya sedar yang selama ini saya alpa dengan kehidupan remaja saya suatu masa dulu.


Kamu kenangan saya. Kenangan yang pasti saya lupakan perlahan demi perlahan. Kenangan 5 tahun lalu. Kenangan yang saya sedaya upaya lupakan untuk hidup yang bahagia bersama bakal pemilik tulang rusuk saya. Kerna saya pasti ALLAH telah siap sedia pelangi untuk saya. Untuk saya, bakal pemilik tulang rusuk dan bakal keturunan saya. Doa kan saya. Tenang lah kamu di sana. 



: '(


Azmil Amir, moga kamu ditempat di kalangan penghuni Syurga. Al-Fatihah.

#hati gua kuat. mesti kuat. yeaahhhh. =p

27 comments:

  1. Moga arwah di tempatkan bersama mereka yang soleh dan beriman. AMIN :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..terima kasih di atas doa nya kak :)

      Delete
  2. semoga kamu kuat dan tabah..semoga btemu jodoh yg tbaik dan semoga arwah tenang sentiasa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin amin ya Allah..semoga doa kamu di angkat setinggi tinggi nya di hadapan Allah..thanks a lot sis..yeahhh yuyu sangat kuat lagi tabah :)

      Delete
  3. harap kamu tabah n arwah tenang disana

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin, hopefully begitu lah..terima kasih kawan =)

      Delete
  4. kite hnye mampu doa moga arwah tenang :)

    http://supergirlshortstory.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. tauke cendawan31/3/12 12:52 AM

    1st tyme gwa baca entry sedih dari lu nie..=(
    al-fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tauke cendawan..dah takmo sedih-sedih ya...=)

      Delete
  6. al fatihah buat dia kak :)

    gua sentiasa mendoakan yang tebaik buat akak :)

    ReplyDelete
  7. sedihnya..semoga yuyu kuat ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuyu sangat kuat. dan waktu itu pasti tiba. =)

      Delete
  8. sedih jugak...semoga beliau ditempatkan bersma2org2 yg beriman...

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  9. mas yakin akak lebih kuat smgat.
    akak lebih tabah dri mas.
    mmg kenangan tak terhapus smpai bila2..

    smga arwah tenang bersama org2 beriman.
    insyaAllah.amin

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah dik..sama-sama la kita berdoa ye..Allah kan ada =)

      Delete
  10. kisah benar? seriously sedih...

    semoga Allahyarham tenang di sana..

    Bersabarlah.. Pasti ada yg lebih baik utk anda..

    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..InsyaAllah SZ..moga doa kamu di angkat setinggi nya di depan Allah..terima kasih kawan =)

      Delete
  11. akak. tabah lah. InsyaAllah semoga dia ditempatkan dalam kalangan solehin..InsyaAllah..:)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum... kebiasaannya dtg kesini dlm keadaan bisu.. maaf entry ni dah berkali2 wa baca.. maaf dtg tanpa bagitau... baca tanpa suara..

    kali ni terpaksa.. mlm ni nak luahkan juga kat sini.. wpon ni bkn kali pertama wa baca... tapi tiap kali lah wa akan bergenang ait mata wpon ini kisah lu... kisah hidup lu yg lampau... walaupun wa seorg lelaki tak bermakna wa takkan menangis... kisah yg lu lalui saling tak tumpah mcm hidup wa... disaat DIA menghembuskan nafas terakhir dia di pangkuan wa... trajis emosi wa masa tu...

    Doa untuk lu.. moga ketahan yg ada pada diri lu sebagai pembingbing utk lu tidak terus tumpas dgn kenangan... iringan doa untuknya agar ianya sejuk di sana... amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Allahuakbar. Terima kasih sahabat. Terima kasih dengan kata-kata nya. Terima kasih dengan doa nya. InsyaAllah setiap apa yang berlaku sudah di rancang. Allah sebaik2 Perancang. Masa lalu itu sangat mengajar kita untuk hidup di kemudian hari. Sangat.


      Dan manusia yang tidak move on itu manusia yang rugi. Selagi di beri keizinan mencari redhaNya, sama-sama lah kita kejar. Allah sentiasa menanti kita sujud meminta daripadaNya.


      Suatu saat nanti Dia pasti memberi apa yang terbaik untuk kita. Doa kuat-kuat. Allah akan sayang kita ketat-ketat. Allahurobbi.



      :)

      Delete
    2. Hidup ni ibarat anak panah..
      kita dah ada sasaran dah..
      Dah ada yg terbaik pada sasaran tu..
      Tp bila ditiup angin..
      anak panah tu tersimpang jauh dari sasarannya..
      Lain yg kita nak, lain yg kita dapat..
      Suka ke tak suka ke..
      Hidup kena berani terima hakikat..
      Pahit ke manis ke..
      hidup mesti diteruskan...

      Delete
  13. Pilu hati baca entry yuyu nie...:(

    yuni harap yuyu kuat berhadapan dgn cubaan hidup...tabahkan hati...xmo sedih2 lg...kalo sedih meh sini pinjam bahu yuni...:)

    ReplyDelete
  14. heeee..

    thanks a lot sayang. Thanks sentiasa ada masa untuk yuyu. InsyaAllah ada apa-apa will be borrow your shoulder okey. Hehe.



    Thanks yuni atas doa nya. InsyaAllah yuni pun sama tau. :)

    ReplyDelete